Mujur mendengar bunyi dentuman kuat dari bahagian dapur dan sempat untuk melarikan diri, itu detik cemas dilalui Siti Aminah Abd Rahim ketika dapur rumahnya di Kampung Lalang runtuh dihanyutkan sungai sewaktu hujan lebat lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam Sabtu, Siti Aminah, , 32 tahun, yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga, bergegas lari keluar selepas mendengar bunyi gegaran tersebut.

Dia juga sempat mengejutkan adik dan tiga lagi anaknya.


Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana pergi berkerja sebagai pemandu bas ekspress.

Bagaimanapun, Siti Aminah menzahirkan perasaan bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat terutama bayinya yang baru 25 hari dilahirkan.