ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan garis panduan pembangunan kawasan lereng bukit dalam usaha menangani perubahan iklim yang boleh mengakibatkan bencana pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata buat masa ini terdapat garis panduan di peringkat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tetapi kini, ia tidak dipraktikkan di peringkat 16 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau menjelaskan pembangunan di bahagian atas dan lereng-lereng bukit, boleh mengancam kawasan perumahan dan kampung di bahagian bawah memandangkan pembangunan dalam kebenaran merancang (KM) hanya tertumpu kepada kawasan pembangunan.
Justeru, Mohd Jafni berkata pembangunan lain seperti pembesaran kolam takungan, longkang monsun dan pembetung juga tidak mengambil kira pembangunan semasa mahupun masa hadapan.
"Secara asasnya (garis panduan) ada, tetapi kalau melihat kepada projek-projek di lereng bukit ini mungkin apa yang dititahkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku (Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar), mungkin kita nak tengok dan diperketatkan.
"Dan titah DYMM Tuanku melihat kepada lereng-lereng bukit disebabkan mungkin perubahan cuaca yang melibatkan isu banjir pada masa akan datang, isu-isu pencemaran (juga), jadi isu-isu ini di peringkat saya akan tengok dan kita akan adakan bengkel (dengan PBT)," katanya.
Menurut Mohd Jafni penyelarasan perlu dibuat antara 16 PBT di Johor memandangkan terdapat perbezaan taraf, kerana ada PBT diklasifikasikan sebagai perbandaran, bandar raya dan daerah.
"Daripada bengkel yang kita buat, kita hendak tengok prosedur operasi standard (SOP) yang sekarang mereka praktikkan di setiap PBT. Lepas tu, kita akan rumuskan di mana perbezaan dan selaraskan di situ," katanya.
Beliau turut memberi contoh penyelarasan yang telah dibuat antara PBT termasuk kelulusan lesen penjaja selain yang akan dibuat termasuk pelaksanaan CCTV pintar dan parkir pintar.
Ketika titah perasmian pembukaan penggal persidangan kedua DUN Johor Khamis lepas, Sultan Ibrahim mengingatkan semua PBT agar memastikan setiap pembangunan di kawasan berbukit atau tanah tinggi, mestilah mengekalkan keadaan topografi asal tanah seberapa yang boleh.
Baginda bertitah pihak pemaju tidak wajar dibenarkan untuk meratakan permukaan tanah kesemuanya dan jika kerja pemotongan bukit perlu dibuat, ia mesti dikawal dan dilakukan secara minimum.
Justeru, Sultan Johor mahu Datuk Bandar dan Yang Dipertua semua PBT di negeri itu menyelidik dahulu sebelum betul-betul meluluskan semua pelan kerja tanah melibatkan pembangunan di kawasan berbukit atau tanah tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Mohd Jafni menjelaskan, pembangunan di bahagian atas dan lereng-lereng bukit, boleh mengancam kawasan perumahan dan kampung di bahagian bawah. - Gambar fail
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
Pendaftaran RFID VEP: Dua lokasi tambahan di Johor beroperasi mulai Ahad
Dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura akan mula beroperasi mulai Ahad ini (22 Sept).
Pencemaran bau di Johor: 'Saya belum terima laporan terkini' - Nik Nazmi
Kerajaan tidak berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran bau di Johor jika benar wujud penjenayah alam sekitar dalam kes itu.
#BerbudiBersama di Johor beri manfaat kepada komuniti
Program #BerbudiBersama anjuran Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam jelajahnya di lokasi ketiga di Johor menampilkan kelainan tersendiri.
Johor umum 25 Ogos cuti peristiwa, hargai peminat JDT sempena final Piala FA
Kerajaan Johor mengumumkan Hari Cuti Peristiwa pada 25 Ogos, sebagai tanda penghargaan kepada peminat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sempena final Piala FA 2024.
YSF 2024: Pemerkasaan generasi muda terhadap isu perubahan iklim, inisiatif mampan
Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri perlu mempunyai hala tuju yang jelas dari segi usaha untuk dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Johor cadang SFZ Forest City dilaksana bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Kerajaan Johor bercadang untuk meletakkan inisiatif Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City di bawah inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
Negeri Sembilan akan adakan pertemuan bincang Koridor Ekonomi Anjung Selatan
Negeri Sembilan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Melaka dan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan secara terperinci cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.