KALI pertama Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020 dan ia dikuatkuasakan dalam empat fasa.
Seterusnya, PKP 2.0 yang dikenakan pada awal tahun ini iaitu 13 hingga 26 Januari lalu di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.
Susulan kes terus meningkat, kerajaan terpaksa menguatkuasakan PKP 3.0 di seluruh Malaysia termasuk mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
BACA: Fasa 1 kawalan pergerakan akan kekal - Perdana Menteri
BACA: Malaysia kekal Fasa 1 PKP dalam Pelan Pemulihan Negara - Ismail Sabri
Selain PKP 3.0, terdapat beberapa perkara berlaku sepanjang tahun ini, antaranya:
1. PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
2. Pelan Pemulihan Negara: Longgar PKP jika kes bawah 4,000 - PM
Pada 15 Jun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.
Tiga indikator utama itu adalah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes: sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
3. TMJ tawar diri urus Harimau Malaya
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia mengendali serta menguruskan skuad Harimau Malaya.
Difahamkan kenyataan Tunku Mahkota Johor itu susulan kekalahan Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
4. Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan
Parlimen menjangkakan persidangan secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ini ataupun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan bersama 25 Jun lalu.
5. Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Hamzah
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuat kuasa 25 Jun 2021.
Pelantikan itu sekali gus melengkapkan barisan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada tiga Mei lalu.
6. Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
BACA: Keluarga anak tertukar lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang
Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, 'kembarnya' Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, telah dewasa dan disahkan September tahun lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
7. COVID-19: Jualan gerai terkesan akibat PKP, Khalid Jamlus umum terpaksa 'gulung tikar'
Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus umum terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor pada 27 Jun lalu.
Gerai Daging Masak Lomak Cili Api yang diusahakan bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu telah dibuka hampir setahun lalu.
8. Rebat elektrik kekal 1 Julai hingga 31 Dis, diskaun bil bersasar akan diumum PM
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemberian rebat tambahan itu membolehkan semua pemegang akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus dalam tempoh berkenaan.
9. Akur keputusan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini
“Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H, akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
10. Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih
Rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Farhana Joni
Wed Jun 30 2021
Pelaksanaan PKP 3.0, PdPR dan banyak lagi perkara menarik berlaku sepanjang Jun tahun ini. -Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Pekeliling baharu sehingga 30 Dis kawal harga bahan binaan - Fadillah
Pekeliling baharu itu termasuk meliputi harga barangan bagi kerja-kerja binaan seperti kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal.
PKPD di tujuh lokaliti di Pahang, Perak mulai 29 Sept
Tujuh lokaliti melibatkan Pahang dan Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.
Varian Mu: Kajian terperinci mengenai keberkesanan vaksin - Pakar Kesihatan
WHO mengklasifikasikan Varian Mu sebagai 'Variant Of Interest' (VOI) selepas ia pertama kali dikesan di Colombia pada Januari lalu.
PKPD: JAKOA nafi tidak hantar bekalan makanan ke 23 perkampungan Orang Asli
Jabatan itu berharap agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.
PKPD: 'Anak kecil minum air sungai untuk tidur', 23 kampung Orang Asli didakwa belum terima makanan
Ramesh mempersoalkan tindakan pihak berkaitan termasuk NADMA yang seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap kebajikan masyarakat pribumi itu.
Anwar perlu diberi sokongan sebagai Perdana Menteri yang sah - Kulasegaran
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi sokongan untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang sah.
KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin
Sebanyak 1,000 peranti telah digunakan kepada pengembara dari luar negara yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah, katanya.
COVID-19: Siti Sarah kritikal, bacaan Yasin dan doa diadakan - Pengurus
Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil, dipercayai akibat serangan virus COVID-19.
Undi percaya September ini? Ini yang perlu anda fahami
Apa yang dimaksudkan dengan undi percaya, dan bagaimana proses tersebut dari sudut perlembagaan?
Koridor Perjalanan: Perbincangan dua hala dijalankan antara Singapura, Johor
Onn Hafiz berharap usaha tersebut akan membuahkan hasil bagi kedua-dua negara.