Laman Tadom Hill Resort dilaporkan terganggu akibat trafik tinggi berikutan pengumuman pembukaan satu acara yang bakal berlangsung pada 19 September depan di resort tersebut yang terletak di Banting, Selangor.

Pemilik Resort dengan dukacitanya mengumumkan bahawa laman Tadom Hill Resort akan mengalami gangguan selama 48 jam berikutan jumlah trafik yang tinggi.

Perkara ini telah diumumkan melalui laman Facebook rasmi mereka.

TADOM
Gambar diperoleh dari Facebook Tadom Hill Resort

Sejak semalam, beberapa keping foto keindahan kawasan daya tarikan baru ini mula viral di laman sosial.




Dikelilingi tasik serta permandangan yang indah, Tadom Hill Resort merupakan tarikan baru di Malaysia terutamanya kepada mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.

Antara aktiviti yang yang boleh dilakukan oleh pelancong ialah berkhemah, berkayak serta bermandi-manda di tasik berkenaan.

Pelancong juga berpeluang untuk bertemu orang asli serta memahami kebudayaan mereka.






Sempena pembukaan rasmi, penganjur Resort menawarkan 3 jenis pakej penginapan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Bamboo Hut pada harga yang berpatutan.




Malah, beberapa daya tarikan lain dilapor dalam proses pembinaan.

Tempahan boleh dibuat menerusi email @tadomhillresorts.com ataupun melalui talian 017-5525306.