KOTA BHARU: Seorang peniaga disiasat polis selepas membuat hantaran dan memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya mendakwa makan di sebuah restoran biarpun belum lagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lelaki berusia 43 tahun itu membuat hantaran "tak pernah kena walau satu dozz pun boleh dine in juga...Gumonim..Semua" pada 11 Sept lepas, sebelum seorang pemilik Twitter membuat ciapan tangkap layar hantaran Facebook milik lelaki terbabit, semalam.
Beliau berkata siasatan terhadap lelaki itu dilakukan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan.
"Bertindak atas maklumat itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh bagi membolehkan satu siasatan dilakukan ke atas kejadian. Polis telah mengesan pemilik akaun Facebook terbabit dan dia telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh pada Rabu, bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan lelaki itu mendakwa gambar yang dimuat naik merupakan gambar individu yang tidak dikenali yang diambil di dalam group WhatsApp, lelaki itu juga mendakwa tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah untuk bergurau dan tidak ada niat yang lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Shafien berkata siasatan mendapati lelaki berkenaan masih belum mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin atas alasan mahu melihat terlebih dahulu jika ada sebarang tindak balas yang tidak diingini oleh penerima vaksin yang lain.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 269/506(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

Siasatan terhadap lelaki itu dilakukan bagi menentukan sama ada berlaku pelanggaran prosedur SOP PPN yang sedang dilaksanakan. - Gambar hiasan

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Gara-gara bergurau makan di kedai tanpa suntikan, peniaga disiasat polis
Seorang peniaga disiasat polis selepas membuat hantaran dan memuat naik sekeping gambar di Facebook miliknya mendakwa makan di sebuah restoran biarpun belum lagi mengambil suntikan vaksin COVID-19.