Beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Wilayah Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air berikutan paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kerja pembaikan paip pecah tersebut tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan pada 10 malam Ahad kerana kedalamannya melebihi lapan meter yang memerlukan kerja pengukuhan ruang pembaikan dilakukan terlebih dahulu.
Beliau menjelaskan kerja-kerja pengorekan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat.
"Insiden paip pecah ini pada awalnya telah menyebabkan gangguan bekalan air di 40 kawasan, seperti yang telah dimaklumkan di aplikasi Air Selangor pagi tadi (Ahad).
"Bagaimanapun, setelah bekalan air alternatif berjaya disalurkan dari sumber lain, kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah berjaya dikurangkan kepada 17 kawasan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan terjejas pada 6 petang Isnin (4 Mei).
Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki di Bandar Bukit Puchong bagi membantu pengguna yang terjejas.
Menurutnya, Air Selangor akan terus menyalurkan status terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 03 2020
Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan terjejas pada 6 petang Isnin (4 Mei). - Gambar hiasan
SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
AWANI 7:45 [27/09/2024] – Polis jejak transaksi GISB | PU Azman dipenjara | Affin Bank kini milik Sarawak | Gaza merana, mana PBB?
- Pengendali aliran tunai GISB ditahan, kerajaan jamin siasatan telus
- Bersalah lakukan amang seksual fizikal, PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
- Affin bank kini milik Sarawak, aspek pengurusan tidak akan diganggu
- Kredibiliti PBB terus dipersoal, protes kutuk zionis bergema di New York
- Bersalah lakukan amang seksual fizikal, PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
- Affin bank kini milik Sarawak, aspek pengurusan tidak akan diganggu
- Kredibiliti PBB terus dipersoal, protes kutuk zionis bergema di New York
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara
Ketiga-tiga beradik itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu bapa mereka.
Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat kepada 4.1230/1280 daripada paras penutup 4.1430/1485, meningkat 11.36 peratus setakat ini bagi tahun ini.
Ringgit terus kukuh dipacu pertumbuhan ekonomi - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II berkata permintaan ringgit yang tinggi akan membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu dengan lebih baik.
Lancar siri Watch GT 5, Matepad Pro, Watch Ultimate
Huawei melancarkan tambahan baharu kepada portfolio boleh-pakai dan tabletnya iaitu siri Huawei Watch GT 5, Huawei Matepad Pro dan Huawei Watch Ultimate
Ekspo TVET@KKDW: Buka ruang kerjasama industri, usahawan perhebat peluang pekerjaan
Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW membuka pelbagai ruang termasuk kerjasama industri dan usahawan dalam memperhebat peluang pekerjaan dan perniagaan.
Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI
Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.
UNGA 79: Kredibiliti PBB dipersoal, gagal akhiri konflik
Penganjuran Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79 dicemari protes yang mengutuk kekejaman rejim Zionis di Palestin dan Lubnan.
Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima
Amirudin berkata Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Ir Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.
Cemar sungai: Warga China berdepan denda RM10 juta - JAS
Seorang warga China berdepan denda RM10 juta dan hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun, atas kesalahan melepaskan buangan bahan kimia ke dalam perairan daratan.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.
Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.
Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini - Exco
Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.
7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Air Selangor catat pendapatan RM2.82 bilion pada 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.82 bilion pada 2023, meningkat 15.1 peratus daripada RM2.45 bilion dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Bekalan air di tujuh daerah pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.