Beberapa kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang dianggarkan selama 11 jam, bermula 11 malam ini hingga 10 pagi esok.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred dalam satu kenyataan hari ini berkata, gangguan tersebut berikutan kerja-kerja kecemasan yang terpaksa dilakukan untuk membaiki paip bocor pada jajaran paip utama bersaiz 1800mm ke Kolam Air Bukit Gasing.
"Sebanyak 185,867 pintu rumah di Petaling dan 35,000 pintu rumah di Kuala Lumpur akan terjejas dan dijangka menerima bekalan semula secara berperingkat selepas kerja pembaikan disiapkan sepenuhnya," katanya.
Antara kawasan terlibat bagi Petaling ialah Taman Lian Hoe, Taman Gembira, Taman Pagar Ruyung, Taman Good Wood, Apartment Tiara Villa, Taman Serangkai, Batu 3 hingga Batu 8 Jalan Klang Lama, Lorong Seputih, Taman Desa, Taman OUG, Taman Evergreen, Taman Shanghai, Taman Skyline, Taman United, Taman Bukit Indah, Taman Halimathon dan Taman Continental, Taman Sungai Besi, Taman Kuchai Enterpreneur, Jalan Kuchai Lama, Taman Salak Selatan, Kampung Malaysia, Pekan Sungai Besi, Taman Sri Manja, Taman Desa Ria, Gasing Indah dan Gasing Height.
Gangguan itu turut melibatkan Kampung Pasir Baru, Taman Kanagapuram, Seksyen 51, Taman Seri Sentosa, Sekyen 51A, Pantai Dalam, Angkasapuri, Kampung Kerinchi Limau, Kampung Dato Tata, SS9, Seksyen 14, Kampung Baiduri, Taman Tan Yiew Lai, Petaling Bahagia, Jalan Puchong, Bandar Baru Sri Petaling, Sekyen 1 hingga 6, Bandar Tasik Selatan, Taman Yarl, Bukit Templer, Taman Salak Selatan, Taman Naga Emas, Jalan SP 1 hingga SP 18, Jalan Perkasa, Jalan 1 hingga 34, Kampung Baru Salak Selatan dan Jalan 1/125 hingga 10/25.
Kawasan Bukit Jalil Golf Resort, Vista Komanwel Kondominium, Bandar Baru Bukit Jalil, Happy Garden, Kuchai Jaya, Kuchai Lama, Taman Sungai Besi, Taman Salak Jaya, Danau Desa, Taman Serangkai, Jalan Nikmat, Taman Bukit Indah, Taman Desa, Jalan Desa Maju, Jalan Desa Mesra, Taman Gembira, Petaling Garden, Gasing Indah dan Petaling Height.
Bagi kawasan Kuala Lumpur, antara yang terlibat ialah TUDM Sungai Besi, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Lapangan Terbang Lama, Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, separuh kawasan Sungai Besi (rumah kedai berdekatan Pejabat Pos Sungai Besi), Kampung Batu Kong, Jalan Wisma Putra, Jalan Syed Putra, Jalan Belamy, Jalan Bukit Petaling, Jalan Kerayong, Dewan Bahasa dan Pustaka, Wisma Perwira, Gapena, Jalan San Peng, Dataran F&N, Persiaran Syed Putra, Jalan Robson, Taman Seputeh, Taman Bukit Seputeh, Taman Seputeh Height, KL Sentral, Brickfields dan Wisma Putra.
Priscilla berkata pihaknya akan terus memaklumkan status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat sekiranya perlu.
Pengguna juga boleh mengakses terus maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore.
Bernama
Wed Sep 02 2015
![Gangguan bekalan air di Petaling dan Kuala Lumpur mulai malam ini Gangguan bekalan air di Petaling dan Kuala Lumpur mulai malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51435417086_GangguanAir.jpg)
Sebanyak 185,867 pintu rumah di Petaling dan 35,000 pintu rumah di Kuala Lumpur akan terjejas. - Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684465520_EmpanganSemenyih.jpg)
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
![Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665754379_TBCharlesSantiago.jpg)
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
![Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645528250_MohdEkhwanToriman.jpg)
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
![Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639710234_TBAIRSELANGOR.jpg)
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
![Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627524683_TBbekalanair.jpg)
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
![Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623799639_CristianoRonaldo.jpg)
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
![Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622900249_SantaMariaZacatepe.jpg)
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
![Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021 Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616552977_KetuaPerangkawanD.jpg)
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
![Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya? Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-11/51446648580_teeth.jpg)
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
![Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612339340_AirSelangor.jpg)
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek