KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di 50 kawasan di sekitar ibu kota berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut dijangka pulih sepenuhnya jam 9 malam pada Isnin.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata kerja-kerja pembaikan paip bocor telah selesai pada 5.40 petang Ahad dan bekalan air mula disalurkan secara berperingkat.
Beliau berkata pihaknya telah menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada lokasi kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
"Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Maklumat lanjut boleh didapati melalui semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau talian 15300 dan sebarang pertanyaan serta aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan di laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Gangguan bekalan air tidak berjadual di 50 kawasan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam pada Isnin. -Gambar fail
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.
Perosak aset bekalan air wajar dikenakan denda setimpal - Julaihi
Ordinan Air Sarawak perlu disemak semula bagi memasukkan peruntukan denda yang setimpal terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kerosakan aset bekalan air di negeri itu.
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir.
Kampung Angkat MADANI: 12 projek pembangunan di Kelantan dijangka siap hujung tahun ini
Sebanyak 12 projek pembangunan yang dilaksanakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) untuk program Kampung Angkat MADANI di Kampung Aril, di sini, dijangka siap hujung tahun ini.
Jawatankuasa kerja akan ditubuh untuk teliti ancaman pencemaran air - PM
Mesyuarat Majlis Air Negara hari ini bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
NRES: Pembangunan ladang solar terapung di atas badan air sedang diteliti
Pembangunan ladang solar terapung di badan air melibatkan kawasan empangan bekalan air minuman dan saliran pengairan pertanian, sedang diteliti NRES menerusi JAS.