GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bahawa gangguan air berjadual yang sepatutnya bermula esok malam (29 Jan) bagi kerja-kerja pengalihan dan sambungan paip 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai, telah ditangguhkan sementara kepada 11.30 malam Selasa (30 Jan).
PBAPP dalam kenyataan berkata perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira permintaan pengguna di kawasan terlibat yang mahukan "tempoh henti" lebih lama sebelum pelaksanaan pengalihan dan penyambungan paip 600mm (Pelan B) .
"PBAPP bersetuju bahawa ini (tempoh henti lebih lama) akan lebih memudahkan semua pengguna yang terjejas.
"Kami merancang untuk menyediakan masa perdahuluan sekurang-kurangnya 24 jam untuk semua 120,000 pengguna (yang terjejas) menyimpan air mencukupi sebelum melaksanakan gangguan air berjadual untuk menjalankan Pelan B,," menurut kenyataan itu.
PBAPP sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu melibatkan 120,000 akaun pengguna di Daerah Barat Daya.
PBAPP berkata, gangguan bekalan air ketika ini adalah disebabkan kebocoran besar pada saluran paip 1,350mm di dasar sungai Sungai Perai pada Selasa lepas.
PBAPP menjelaskan, biarpun kerja-kerja pengapitan telah dilakukan sejak Jumaat lepas namun, paip itu masih mengalami kebocoran malah berisiko untuk bocor sekali lagi sehingga kerja-kerja lencongan dijalankan untuk menggantikannya.
"Disebabkan oleh faktor risiko ini, Pelan B mesti dilaksanakan secepat mungkin, selepas semua pengguna yang terjejas ketika ini menerima bekalan air," katanya.
Sementara itu menurut PBAPP, setakat 6.30 petang tadi sebanyak 109,000 daripada 120,000 pengguna yang terjejas telah pun mendapat semula bekalan air.
Katanya pihaknya akan berusaha memulihkan semula bekalan air untuk baki 11,000 pengguna terjejas selewat-lewatnya malam ini atau awal pagi esok (29 Jan).
Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada Disember tahun lepas dan 12 Januari.
Berikutan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan kaedah pemasangan paip gantian sementara merentasi Sungai Perai, yang berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan, sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024

Perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira permintaan pengguna di kawasan terlibat yang mahukan "tempoh henti" lebih lama. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.