Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.

Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan MACA sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi.

Pihak bomba juga memaklumkan semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan ketika ini pihak Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syabas telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.


