PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam serta hal berkaitan peningkatan kos sara hidup.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed ketika Cuepacs melakukan kunjungan hormat terhadap KPPA baharu itu hari ini, yang turut membincangkan banyak perkara mengenai perkhidmatan awam dan warganya.
Adnan berkata Cuepacs dimaklumkan perdana menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam agar mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang selesa dan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Cuepacs menghargai keprihatinan perdana menteri berhubung isu kadar gaji dan upah penjawat awam yang menurut pandangan beliau tidak setara berbanding tugas serta komitmen yang diberikan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena perjumpaan dengan KPPA itu.
Adnan berkata permintaan penjawat awam untuk kerajaan menilai semula kadar gaji dan upah perkhidmatan awam sememangnya berasas berikutan kos sara hidup ketika ini meningkat dengan begitu drastik.
"Komitmen perdana menteri untuk melihat semula isu kadar gaji dan upah untuk perkhidmatan awam apabila kewangan negara bertambah baik kelak sesungguhnya memberi harapan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam," katanya.
Cuepacs dalam pada itu menyeru warga perkhidmatan awam agar dapat bersabar buat sedikit masa untuk memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang menghimpit penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup.
"Terjemahkan sokongan tersebut melalui komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi Malaysia MADANI agar negara dapat mendepani cabaran yang mendatang demi kemakmuran rakyat," katanya.
Dalam masa yang sama, Adnan berkata Cuepacs yakin dengan gandingan kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Zulkapli dalam membawa suara dan aspirasi penjawat awam untuk perhatian dan tindakan kerajaan.
Beliau berkata keterbukaan KSN dan KPPA mendengar pandangan daripada Cuepacs mengenai permasalahan penjawat awam dalam setiap sesi libat urus amat dihargai.
"Cuepacs berharap KSN dan KPPA akan terus berunding dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu menyelesaikan isu dan permasalahan penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup serta kadar gaji yang setimpal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
![Gaji penjawat awam: PM minta JPA bincang dengan Cuepacs Gaji penjawat awam: PM minta JPA bincang dengan Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675493958_AdnanMat.jpg)
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata Cuepacs dimaklumkan perdana menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam. - Gambar fail/BERNAMA
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677999541_TBANWARBANJIR.jpg)
PM Anwar puji penjawat awam urus banjir, janji skim gaji jadi keutamaan
Anwar berterima kasih dengan keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.
![Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71516256481_CUEPACSAzihMuda.jpg)
Penjawat awam kalau beli rumah, terus miskin - Cuepacs
Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai penjawat awam menjadi golongan miskin bandar dan Cuepacs gesa tarif gaji dinaikkan dalam masa terdekat.