KUALA LUMPUR: Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini, menurut laporan tahunan Total Remuneration Survey (TRS) 2022 oleh Mercer.
Firma pengurusan aset itu berkata kenaikan gaji itu akan kembali ke tahap prapandemik, seperti pada 2019.
"Kenaikan ini mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan majikan tentang perniagaan mereka dan prospek pasaran secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan.
Mercer berkata kenaikan gaji median Malaysia juga melebihi kadar purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 4.4 peratus.
"Bagi seluruh Asia, keseluruhan kenaikan gaji median mencerminkan perbezaan dalam perkembangan gaji antara ekonomi membangun dan ekonomi maju, dengan anggaran setinggi 7.1 peratus di Vietnam kepada 2.2 peratus di Jepun, yang terendah di rantau ini," tambahnya.
Mercer berkata industri runcit dan barangan pengguna dijangka menyaksikan peningkatan terbesar dalam kenaikan gaji sebanyak 5 peratus pada 2023, masing-masing meningkat daripada 4.5 peratus dan 4.6 peratus, pada 2022.
Perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar (SSO) dan industri berteknologi tinggi akan mengekalkan peningkatan gaji sebanyak lima peratus mulai tahun ini, yang menandakan kestabilan relatif kedua-dua industri itu di tengah-tengah tekanan inflasi dan isu rantaian bekalan, katanya.
"Pekerja, kecuali mereka yang daripada industri teknologi tinggi, juga boleh menjangkakan bonus yang lebih tinggi tahun ini, berdasarkan unjuran pertengahan 2022 Mercer.
"Industri peruncitan boleh menjangkakan lonjakan paling besar kepada 12.6 peratus, berbanding 8.1 peratus pada 2021, diikuti oleh industri barangan pengguna dengan peningkatan kepada 16 peratus, berbanding 13.7 peratus pada tahun sebelumnya.
"SSO diramalkan mendapat pembayaran tertinggi sebanyak 20.3 peratus, melebihi industri berteknologi tinggi iaitu 19.9 peratus, yang mencerminkan potensi pertumbuhannya di Malaysia yang membawa kepada persaingan yang lebih besar untuk bakat," kata Mercer.
Pendekatan pengambilan pekerja yang berhati-hati
Mengenai trend gaji industri, Ketua Perniagaan Karier Mercer untuk Malaysia Koay Gim Soon berkata unjuran kenaikan gaji dan pembayaran bonus yang lebih tinggi kepada sektor peruncitan dan barangan pengguna disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang kukuh dan pembukaan semula ekonomi.
"Bagaimanapun, majikan juga sentiasa berhati-hati dengan tekanan global, termasuk inflasi dan gangguan rantaian bekalan yang mungkin menjejaskan pertumbuhan pada tahun hadapan.
"Sehubungan itu, walaupun industri peruncitan dan barangan pengguna mencatatkan peningkatan tertinggi dari 2021 hingga 2022, namun ia kekal paling konservatif dalam ramalan pembayaran bonus mereka," katanya dalam kenyataan yang sama.
Kaji selidik mendapati walaupun jumlah kadar pengangguran tahun ini telah kembali ke tahap prapandemik, syarikat mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati terhadap hasrat untuk pengambilan pekerja mereka pada 2023.
Sebanyak 30 peratus daripada organisasi yang terlibat dalam kaji selidik itu memberitahu mereka merancang untuk meningkatkan bilangan pekerja pada 2023, turun daripada 39 peratus untuk tahun ini.
"Sebanyak satu peratus merancang untuk mengurangkan bilangan pekerja mereka tahun depan," katanya.
Mercer berkata kenaikan gaji minimum yang dilaksanakan pada Mei dijangka meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja yang berpendapatan rendah dan membawa kepada pertumbuhan ekonomi.
Bagaimanapun, ia menambah kenaikan gaji juga boleh meningkatkan tekanan kepada perniagaan yang lebih berintensifkan buruh dan kekurangan sumber kewangan.
"Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya mungkin bertindak balas dengan langkah penyesuaian kos seperti pengurangan margin dan meningkatkan produktiviti melalui automasi," katanya.
TRS membuat kaji selidik melibatkan sebanyak 637 organisasi - yang mana 98 peratus adalah syarikat multinasional (MNC) - merentasi 17 industri di Malaysia di antara April dan Jun tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini. - Gambar fail/REUTERS
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
Pengasuh didakwa cuai hingga sebabkan kecederaan kanak-kanak setahun
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuai sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Pilihan Raya AS 2024: Dunia berdebar menanti saat Amerika menuju ke pusat mengundi
Dengan hanya beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar mengundi, tumpuan dunia termasuk di Malaysia.
Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim
Ruben Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.
Kemuka senarai asnaf tidak layak, pengerusi masjid direman 6 hari
Seorang pengerusi masjid ditahan reman SPRM kerana dipercayai memberikan maklumat asnaf berstatus miskin kepada sebuah badan kebajikan.
Memahami Perbelanjaan Kehidupan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar
Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai perbelanjaan kehidupan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Kalkulator DOSM untuk kos sara hidup
Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar. MyPAKW boleh digunakan sebagai panduan oleh isi rumah/individu untuk mengetahui nilai perbelanjaan asas kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
Gaji pekerja Malaysia 2023 dijangka naik lima peratus - Mercer
Pekerja di Malaysia boleh mengharapkan kenaikan median lima peratus dalam gaji mereka tahun depan, meningkat daripada 4.8 peratus tahun ini.
81 peratus daripada pekerja di Malaysia ingin kembali ke pejabat - Savills
Pejabat fizikal kekal penting dalam pemulihan perniagaan dan memastikan dapat kembali kepada keadaan normal dengan cepat.