Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang 'bencana kewangan' kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut perayaan Aidilfitri.
Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pada 25 Ogos.
Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.
Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya digunakan untuk bulan Ogos.
"Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya," katanya.
Dalam temu bual dengan Bernama, beliau mengajukan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.
Ahmad Humaizi berkata bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji diterima pada 25 Jun berserta bonus RM500 yang diberikan kerajaan.
Pendapatan yang diterima pada 9 Julai tidak wajar "diusik", katanya.
Katanya penjawat awam juga sewajarnya terus membuat bayaran perbelanjaan bulanan bagi Ogos seperti ansuran rumah, kereta, taska anak, kad kredit kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai adalah untuk bulan Ogos.
Beliau berkata, sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).
"Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos," katanya.
Ahmad Humaizi turut menyarankan orang ramai mengelak daripada mengunjungi pasaraya pada saat-saat akhir bagi mengelak fenomena membeli barangan yang tidak diperlukan kerana kegembiraan untuk beraya seringkali mengatasi logik kebiasaan.
"Walaupun raya setahun sekali, takkan kerana Syawal kita bakal merana dari segi kewangan pada bulan-bulan seterusnya. Biarlah bersederhana," katanya.
Sementara itu, penjawat awam Siti Hanom Hamdan, 34, berkata beliau akan mengasingkan terlebih dahulu komitmen bulanan seperti sewa rumah, perbelanjaan harian dan ibu sebaik sahaja menerima gaji pada Julai depan.
"Saya juga bercadang pindahkan sebahagian besar daripada gaji awal itu ke akaun lain," kata Penolong Penerbit Rancangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.
Siti Nurfauzani Idrus, 33, yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga merancang memindahkan wang gaji berkenaan ke akaun ASB, jika perlu.
Bernama
Mon Jun 29 2015

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya. - Gambar Hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Gaji awal musim raya boleh undang 'bencana kewangan'
Menunggu 46 hari untuk gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji bagi Julai boleh mengundang 'bencana kewangan' kepada penjawat awam jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk Raya.