JOHOR BAHRU: Gagasan Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar disambut baik seluruh rakyat, khususnya di Johor kerana mengetengahkan tiga teras utama bagi membawa kemakmuran dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata teras utama Keluarga Malaysia meliputi aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, memang relevan dalam mencitrakan pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka dan berdaulat.
Katanya dalam suasana Johor dan Malaysia didiami kepelbagaian kaum, bangsa, budaya, bahasa dan agama, ia boleh menjadi satu cabaran dan keunikan kepada Malaysia, menyebabkan terdapat kepentingan untuk mendukung gagasan terbabit.
"Secara umumnya, saya berpendapat mesej keseluruhan 'Keluarga Malaysia' adalah supaya kita semua dapat menerima persamaan dan perbezaan berdasarkan nilal-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Rukun Negara.
"Sehubungan itu, saya berpendapat keupayaan Johor membangunkan gagasan Muafakat Bangsa Johor mampu diaplikasi dalam kerangka dan gagasan 'Keluarga Malaysia' kerana kesemua inisiatif Kerajaan Malaysia perlu bersifat holistik dan inklusif merentas sempadan agama, bangsa dan kaum serta wilayah," katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana di sini semalam.
Hasni berkata penganjuran jelajah itu yang menjadikan Johor sebagai lokasi pertama, penting terutama dalam kalangan anak muda kerana mereka akan menjadi harapan bagi menyambung legasi pembangunan sebuah negara.
"Sehubungan itu, saya mengajak orang muda Johor supaya melibatkan diri dalam pelbagai program untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.
"Kita boleh sahaja gunakan pelbagai 'gadget' (alat), asalkan tidak meminggirkan matlamat utama kehidupan untuk menyumbang sesuatu untuk kebaikan masyarakat, negeri dan negara," katanya.
Hasni menjelaskan kerajaan negeri menekankan pelbagai perkara dalam pembangunan yang seimbang, antaranya memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pelbagai program.
Selain itu, kerajaan negeri juga mahu memastikan sistem pendidikan moden dan pendidikan agama dijayakan sebaiknya serta memastikan rakyat mengamalkan kebebasan beragama dengan aman dan harmoni.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Hasni ketika berucap pada Jelajah Aspirasi keluarga Malaysia di Dataran Angsana, Johor Bahru, 5 Mac 2022. --fotoBERNAMA
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.