PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk memindahkan kes rasuah beliau yang membabitkan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ke Mahkamah Tinggi.
Seorang peguam Lim iaitu Haijan Omar, ketika dihubungi, berkata notis rayuan telah difailkan pada Jumaat lepas.
Beliau berkata mereka akan memfailkan petisyen rayuan selepas menerima rekod rayuan.
Pada 16 Nov lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Nor Bee Ariffin, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Hashim Hamzah menolak rayuan Lim untuk memindahkan kes rasuahnya yang sedang berlangsung dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Ketika mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Che Mohd Ruzima yang mengumumkan keputusan panel itu berkata pendekatan Lim mengguna pakai Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah, terutama bagi membolehkan perbicaraan kesnya didengar oleh Mahkamah Tinggi, sebagai platform untuk membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan tidak boleh dibenarkan.
Bagi kes yang didengar oleh Mahkamah Sesyen, rayuan akan berakhir di Mahkamah Rayuan manakala kes yang bermula di Mahkamah Tinggi akan berakhir di Mahkamah Persekutuan.
Pada 12 Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Lim untuk memindahkan kesnya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Lim, yang juga Ahli Parlimen Bagan, berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memperoleh suapan RM3.3 juta sebagai upah bagi membantu pemilik Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar di George Town antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta rasuah 10 peratus daripada keuntungan syarikat itu sebagai upah membantu mendapatkan projek tersebut dan beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu menyebabkan dua bidang tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut.
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan kes itu dijadual disambung semula pada 29 Nov ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Lim, yang juga Ahli Parlimen Bagan, berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. - Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Kenyataan Muhyiddin gambarkan Guan Eng salah guna kuasa dalam kes cukai Yayasan Albukhary - Peguam
Kenyataan Muhyiddin dikatakan berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi Lim Guan Eng apabila menggambarkannya telah menyalahgunakan kuasa.
Perbicaraan kes terowong dasar laut Lim Guan Eng ditangguh ke 19 Sept
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan ke 19 September.
Rakan Lim Guan Eng janjikan tanah untuk kajian kemungkinan terowong - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Guan Eng, memberitahu mahkamah syarikatnya dihimpit masalah kewangan sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari sumber dana lain.
Dana syarikat arak: Akmal pertahan kenyataan Fadhlina
Garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kutipan dana sekolah adalah untuk menjaga sensitiviti agama dan bangsa di negara ini.
AGC tolak representasi Guan Eng untuk gugur empat pertuduhan rasuah
Representasi dikemukakan bekas Guan Eng untuk menggugurkan empat pertuduhan rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah
Lim Guan Eng telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya.
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.