SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam mengenakan denda sebanyak RM10,000 terhadap ahli perniagaan, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Datuk Addy Kana.
Addy Kana didenda atas pertuduhan tidak melaporkan permintaan suapan kepada pihak berkuasa, tiga tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus dikemukakan kepadanya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa tidak melaporkan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis suatu permintaan suapan wang tunai di sebuah hotel di Puchong, Selangor, pada Julai 2019.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(3) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(4) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab yang mengendalikan kes memohon hukuman denda maksimum untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
Peguam bela tertuduh, Effa Azuin Aidrul Hisham merayu supaya hukuman denda sahaja dikenakan kerana isteri tertuduh dalam pantang selepas melahirkan anak kelima dan tertuduh menjaga bapa berusia 74 tahun, selain pengakuan salahnya itu juga menjimatkan masa mahkamah.
Selepas mengambil kira pengakuan salah tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan serta rayuan peguam, Rozilah menjatuhkan hukuman denda maksimum RM10,000 terhadap tertuduh.
Rozilah berkata, perbuatan tidak melapor permintaan suapan adalah satu kesalahan serius dan sekiranya dilaporkan ia dapat mengekang jenayah berkenaan berleluasa.
Difahamkan, SPRM juga kini dalam proses permohonan melucutkan aset tertuduh bernilai RM1 juta.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang bekerja dengan ahli perniagaan berunsur aktiviti tidak bermoral dan perjudian, berjumpa pegawai penguat kuasa di hotel berkenaan pada Julai 2019.
Dalam pertemuan itu, pegawai meminta suapan wang tunai RM110,000 sebulan bagi tujuan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas majikannya dan sehingga kini tertuduh tidak melaporkan permintaan itu kepada mana-mana pegawai SPRM atau polis.
Astro Awani
Tue Mar 08 2022
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan sejurus dikemukakan kepadanya. - Gambar hiasan
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Gagal lapor penguat kuasa korup, Addy Kana didenda RM10,000
Addy Kana didenda atas pertuduhan tidak melaporkan permintaan suapan kepada pihak berkuasa, tiga tahun lalu.
Datuk Addy Kana diperintah bayar cukai pendapatan RM1.4 juta kepada kerajaan
Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat pada pengurusan kes secara dalam talian (e-review) selepas penghakiman ingkar kehadiran difailkan oleh LHDN.
Judi dalam talian: PDRM semak semula siasatan pembebasan Addy Kana, dua angota polis
Perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.
Ditahan di bawah POCA, Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan 'Datuk', dua anggota polis
Panel lima hakim menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Datuk Addy Kana, Koperal Muhamad Amin dan Koperal Mohd Hairy selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.