PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan semalam ini menangguhkan keputusannya bagi usaha terakhir seorang ‘Datuk’ dan dua anggota polis supaya mereka dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian.
Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana’, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad, masing-masing berumur 34 dan 39 tahun selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.
“Kami tangguh keputusan kes ini,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Prosiding dijalankan secara dalam talian dengan lima hakim itu dan beberapa pegawai mahkamah berada di mahkamah manakala peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili ketiga-tiga perayu itu serta Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bagi pihak empat responden iaitu pegawai penyiasat ASP Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, di lokasi lain, menggunakan aplikasi zoom.
Zaidi, Muhamad Amin dan Mohd Hairy merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan habeas corpus mereka supaya dibebaskan serta-merta.
Dalam permohonan itu, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada 11 Okt lepas mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 adalah tidak sah, tidak mempunyai asas, tidak mematuhi prosedur dan berniat jahat.
Mereka juga memohon perintah bahawa perintah reman bertarikh 14 Okt 2020 oleh seorang majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan polis untuk menahan reman ketiga-tiganya selama 21 hari mulai 14 Okt hingga 3 Nov lepas di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA adalah tidak sah, tidak mempunyai asas dan berniat jahat.
Pada 30 Okt lepas, Majistret M.Mageswary membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman mereka selama 38 lagi iaitu sehingga 6 Dis.
Ketiga-tiga mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Nov kemudiannya memfailkan rayuan pada hari yang sama dan memandangkan permohonan mereka adalah untuk habeas corpus, rayuan itu terus ke Mahkamah Persekutuan.
Menurut polis, ketiga-tiga mereka dan seorang lelaki Goh Leong Yeong atau Alvin Goh kini ditahan di bawah POCA selama dua tahun di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor, PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.
Perintah terhadap mereka dikeluarkan pada 25 dan 26 Nov sebelum kesemua mereka dihadapkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (Kementerian Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.
Semasa berhujah, Sri Ram antara lain menyatakan bahawa penahanan ketiga-tiga mereka adalah mala fide (dengan niat jahat) untuk menyekat maklumat mengenai pegawai polis yang rasuah.
Beliau berkata Seksyen 4 (1) (a) POCA tidak berperlembagaan kerana melanggar doktrin pengasingan kuasa.
Muhammad berhujah bahawa tidak ada merit dalam isu mala fide yang dikemukakan ketiga-tiga perayu yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
"Ini kerana perayu yang ditahan adalah suspek dan bukan saksi material," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

Zaidi, Muhamad Amin dan Mohd Hairy merayu minta mahkamah mengeluarkan perintah bahawa penahanan mereka pada 11 Okt lepas tidak sah, tidak mempunyai asas, tidak mematuhi prosedur dan berniat jahat. - Gambar hiasan
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ditahan di bawah POCA, Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan 'Datuk', dua anggota polis
Panel lima hakim menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Datuk Addy Kana, Koperal Muhamad Amin dan Koperal Mohd Hairy selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.