KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang di sini menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang kepada 10 lelaki kerana gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.
Majistret Normaizan Rahim menjatuhkan hukuman ke atas kontraktor Mohamad Saifuddin Ismail, 29; pemandu lori Mohammad Anas Kamarudin, 31; pengawal keselamatan Muhammad Ariff Ahmad Tajuddin, 29; juruteknik Muhamad Helmi Ahmad, 39; nelayan Mohd Syukur Maula Muhamad Desa, 32, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Turut mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut pengawal keselamatan Mohd Hafiz Kamis, 38; peniaga Muhammad Ikhwan Iswandy Ramli, 38; kerja kampung Mohd Nizam Mat Jasat, 51; penyelia tapak pembinaan Khairul Mizan Mohamad Johari, 31; dan kontraktor S.Vikneswaran, 29.
Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, kesemua lelaki itu masing-masing didakwa tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana memperoleh wang keseluruhannya berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta berusia 31 tahun, antara 2 Feb hingga 4 April lalu.
Kesemua kejadian itu didakwa dilakukan di dua bank di Ampang, mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan fakta kes, pengadu (mangsa) telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ketua Pegawai Operasi cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan pengadu mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan berjumlah RM17,600.76 atas Syarikat Trillion Star Enterprise, yang didaftarkan atas nama pengadu.
Apabila pengadu menafikan hal tersebut, panggilan telah disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Faisal Amir dan Ketua Operasi Polis Kedah, bernama Datuk Rizal yang mana mereka mendakwa pengadu terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram dengan menggunakan akaun Public Bank Berhad milik pengadu.
Pengadu telah mengikut arahan suspek dan bertindak membuka akaun baharu serta menyerahkan maklumat perbankan kepada suspek dan hasil siasatan mendapati wang milik pengadu telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik kesemua tertuduh.
Semasa hujahan rayuan, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman denda yang minimum tanpa pemenjaraan ke atas kesemua anak guamnya atas alasan mereka perlu menanggung keluarga.
"Dalam kes ini, anak guam saya juga merupakan mangsa dan tidak sedar akaun bank digunakan oleh pihak ketiga. Mereka tidak memperoleh apa-apa manfaat atas kerugian yang ditanggung pengadu," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Annur Athirah Amran dan Nurul Ameera Sam memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam adalah melebihi kepentingan peribadi tertuduh.
"Selaku pemegang akaun, tertuduh perlu mengambil tahu transaksi yang berlaku dalam banknya sendiri terutamanya ia melibatkan jumlah yang besar. Mahkamah juga perlu mengambil kira kekerapan kes yang mana hampir setiap hari kes sedemikian dipertuduhkan di mahkamah, selain kerugian yang ditanggung oleh pengadu," kata kedua-dua TPR itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022

Mahkamah Majistret Ampang menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang kepada 10 lelaki kerana gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas

Tukang sapu warga Myanmar cabul warga emas didakwa
Seorang lelaki warga Myanmar yang videonya tular kerana mencabul seorang wanita warga emas yang sedang mengutip kotak, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Gagal jelaskan wang dalam akaun: 10 lelaki didenda RM1,000
Mereka gagal memberikan penjelasan mengenai wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta lelaki, dalam akaun bank mereka.

Didakwa dera pelajar tahfiz, suami isteri mengaku tidak bersalah
Sepasang suami isteri yang juga pengurus sebuah tahfiz dihadapkan di Mahkamah Majistret Ampang kerana didakwa mendatangkan kecederaan dan merotan pelajar mereka.

Mahkamah Majistret Ampang keluar waran tangkap ke atas Jamal
Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkuat kuasa hari ini.

Langgar suami isteri hingga maut kerana mengantuk, kontraktor didenda RM7,000
Seorang kontraktor didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini akibat memandu keretanya dalam keadaan mengantuk lalu terbabas dan melanggar pasangan suami isteri sehingga maut, lap

Wanita buang bayi dalam tong sampah dipenjara 20 bulan
Seorang wanita yang sengaja membuang mayat bayinya ke dalam tong sampah untuk menyembunyikan kelahirannya hari ini dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini.

Ibu dan teman lelaki kanak-kanak mati disyaki didera, ditahan polis
Seorang wanita berusia 35 tahun dan teman lelakinya, 41 tahun itu ditahan selepas dipanggil untuk diambil keterangan di Balai Polis Ampang, dekat sini pada Isnin.

Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa mengaku miliki dadah
Vokalis baharu Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di sini, minggu lepas.

Bercakap banyak perangai syaitan, baik saya diam - Awie
Seorang penulis yang hanya menamakan dirinya sebagai Sangkalajari9, telah memuatnaik kisah Rozana Misbun susulan daripada kemelut yang berlaku di antara Awie dan isterinya Rozana Misbun.

Penyanyi Awie mengaku tidak bersalah dakwaan pukul isteri
Penyanyi utama kumpulan Wings, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dakwaan memukul isterinya Rozana Misbun.