Tindakan seorang lelaki yang membakar rumah mertuanya dengan membaling bom petrol selepas bertengkar dengan isterinya mengundang padah apabila dicekup polis.
Dalam kejadian jam 10 malam Sabtu di Kampung Melikai, Menumbok, dekat sini, suspek berusia 34 tahun itu berjaya ditahan polis ketika cuba melarikan diri dari lokasi insiden ke rumah ibu bapanya di Kampung Darat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata ketika kejadian, terdapat lapan penghuni di rumah berkenaan – empat kanak-kanak, dua dewasa dan dua warga emas.
Jelas beliau, ketika kejadian, pengadu yang juga isteri suspek dikatakan sedang menonton televisyen bersama kakaknya di rumah itu sebelum terdengar bunyi bising seakan pintu kediaman mereka dibaling benda.
"Tidak lama kemudian, pengadu melihat api marak dan kedua-dua beradik bergegas keluar untuk memadamkan kebakaran.
"Api berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.
Azmir berkata siasatan polis di lokasi menemukan dua botol yang masih berisi minyak petrol.
"Ada juga saksi yang mendakwa terlihat seorang lelaki yang dikenali oleh pengadu kira-kira jam 9.50 malam itu dengan keadaan amat mencurigakan. Difahamkan, lelaki itu adalah suami kepada pengadu.
"Bertindak atas laporan dan maklumat, kami berjaya menahan suspek ketika dia cuba melarikan diri ke rumah ibu bapanya di Kampung Darat yang terletak tidak jauh daripada lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, suspek sebelum ini mempunyai masalah rumah tangga dengan pengadu dan mempunyai dua orang cahayamata sejak berkahwin lapan tahun lalu.
"Menurut siasatan juga, suspek sebelumnya pernah memukul isterinya dan mengugut untuk mati bersama sekiranya tidak pulang bersamanya," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.
Ruzaini Zulkepli
Sun Feb 25 2018
Pintu rumah mertua suspek yang terbakar. - Astro AWANI
Sarawak cuba kurangkan tempoh kelulusan permit pekerja asing
Kerajaan Sarawak kini dalam proses membangunkan sistem yang akan menghubungkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak bagi mempercepatkan proses kelulusan permit pekerja asing.
Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.
Tiada perbincangan kerjasama GRS-Warisan
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai menjelaskan cadangan untuk menjemput warisan menyertai gabungan itu datang daripada pemimpin individu tertentu dan tidak menggambarkan pendirian rasmi GRS.
Objek disyaki bom tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan
Satu objek menyerupai bom disyaki tinggalan Perang Dunia kedua ditemui di perairan Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran pada Selasa.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kementerian Luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan menjelaskan penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya. #AWANInews
Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat dan mampan.
Gempa bumi di Tibet ragut 95 nyawa, 130 cedera
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.
Syria tidak dapat import keperluan asas susulan sekatan AS
Syria tidak dapat membuat perjanjian untuk mengimport bahan api, gandum dan barang-barang penting lain disebabkan sekatan ketat dikenakan Amerika Syarikat.
Gaduh dengan isteri, rumah mertua dibakar
Gara-gara bertengkar dengan isteri, seorang lelaki bertindak membakar rumah mertuanya dengan membaling bom petrol.