KUALA LUMPUR : Ketua Polis Negara yang bakal bersara 3 Mei ini, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang didakwa mempunyai kecenderungan untuk mencampuri urusan pasukan polis.
Abdul Hamid, yang bakal digantikan dengan Datuk Seri Acryl Sani berkata, jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) perlu diterajui oleh golongan profesional dan bukannya ahli politik.
Bagaimanapun, Hamzah berkata, keputusan dan pandangan beliau dalam menentukan pertukaran pegawai polis kanan tidak menyalahi undang-undang, memandangkan beliau merupakan Pengerusi SPP.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, berikut perincian fungsi SPP:
SURUHANJAYA PASUKAN POLIS (SPP)
Suruhanjaya Pasukan Polis atau SPP merupakan sebuah suruhanjaya di bawah Parlimen, yang bidang kuasanya hendaklah meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis.
Tanggungjawab SPP ialah berkenaan pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan penjalanan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis
Bagaimanapun, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara dan oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.
Keahlian SPP
1) Menteri bertanggungjawab
2) Ketua Polis Negara
3) Ketua Setiausaha Kementerian di bawah Menteri bertanggungjawab
4) Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam lantikan Yang di-Pertuan Agong
5) Tidak kurang dua, tidak kurang lima ahli lantikan Yang di-Pertuan Agong
Peruntukan SPP
1) Penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit;
2) Tugas dan tanggungjawab anggota Suruhanjaya itu masing-masing, termasuk pewakilan kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Suruhanjaya itu atau pasukan polis atau lembaga pegawai pasukan polis atau suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota Suruhanjaya dan juga pasukan itu;
3) Rundingan yang diadakan oleh Suruhanjaya itu dengan orang selain anggotanya;
4) Tatacara yang akan diikuti oleh Suruhanjaya itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan kuorum);
5) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Suruhanjaya itu perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.
Firdaus Azil
Sat May 01 2021

Suruhanjaya Pasukan Polis merupakan suruhanjaya di bawah Parlimen, dan bidang kuasanya meliputi semua anggota pasukan polis. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Ke mana hala tuju PDRM di bawah pimpinan Acryl Sani?
Acryl Sani perlu meneruskan kesinambungan legasi KPN lalu untuk membersihkan pasukan keselamatan daripada amalan korup.

PDRM kenal pasti calon Timbalan Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dan menyenarai pendek nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Suruhanjaya Pasukan Polis: Pinda dahulu Perlembagaan - Dr Shamrahayu
Jika mahu elakkan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi SPP campur tangan dalam urus tadbir harian PDRM, perlu pinda perlembagaan.

Fungsi Suruhanjaya Pasukan Polis mengikut Perlembagaan Persekutuan
Suruhanjaya Pasukan Polis merupakan suruhanjaya di bawah Parlimen, dan bidang kuasanya meliputi semua anggota pasukan polis.

SUARAM gesa Hamid Bador diberi lebih masa 'bersihkan' PDRM
SUARAM rujuk pada pendedahan Abdul Hamid mengenai kewujudan kartel polis yang didakawa bersekongkol dengan penjenayah, antaranya membabitkan kes Geng Nicky.

'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam campur tangan pertukaran pegawai kanan polis.

Individu terlibat dalam kartel dikenal pasti, sudah tidak dapat 'bergerak' - KPN
Tanpa mendedahkan nama mereka yang terlibat, Abdul Hamid berkata isu berkenaan masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tidak dapat 'bergerak' ketika ini.

Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata ini kerana perkara itu boleh diselesaikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Abdul Hamid perlu lapor dakwaan 'ada kartel dalam PDRM' kepada SPP - Hamzah
Kata Hamzah, Abdul Hamid tidak pernah membawa isu itu kepada SPP dan ini merupakan kali pertama beliau mendengar 'ada kartel dalam PDRM.'