KUALA LUMPUR: Majlis Pendigitalan Pendidikan (FPend) anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mencipta sejarah dengan memacu inovasi sembilan ruang pembelajaran futuristik dalam bidang pendidikan yang telah dinaik taraf dengan teknologi pintar berasaskan ekosistem digital Apple.
Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, inisiatif program ini selari dengan lembayung teras UKM yang menerapkan nilai kebitaraan dan prakasa digital yang merangkumi infrastruktur dan infrostruktur, pembudayaan, kelestarian bagi pendidikan aktif digital.
Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan kerjasama strategik Fakulti Pendidikan bersama pihak Apple Malaysia dan Switch Malaysia serta berharap program ini dapat diperluaskan dalam pelbagai bidang.
"Perkembangan Teknologi Revolosi Keempat atau (4IR) telah mengubah dunia pendidikan. Perkembangan ini melibatkan perkembangan teknologi merentas tiga dunia iaitu dunia fizikal, digital, dan biologikal.
"Teknologi fizikal seperti Ipad, drone dan robot manakala teknologi digital seperti Augmented Reality, dan Technology Biological seperti Apple Watch mampu mencetus revolusi pendidikan dengan memungkinkan pembelajaran yang lebih bersifat peribadi serta dinamik", katanya pada Majlis Pendigitalan Pendidikan (FPend) yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom, pada Jumaat.
Tambahnya lagi, beliau menyatakan kesediaan UKM dalam terus mendukung kelangsungan persekitaran digital yang mapan.
"Ruang-ruang yang diwujudkan ini dilengkapi dengan pengintegrasian teknolgi pintar berasaskan Apple dan 'Program one to one Ipad', dengan melaksanakan satu Ipad, satu pensyarah.
"Dalam pada itu, proses pembelajaran dan pengajaran itu pula menerapkan pendekatan pedagoji aktif dan terkehadapan bagi penumpuan aspek pedagoji digital, ekologi pembelajaran dan teknologi yang akan menjurus kepada visi universiti yang beraspirasi menjadi universiti yang mendahului zaman'', katanya.
Dalam program itu, majlis ini juga akan meraikan pengiktirafan antarabangsa anugerah apple teacher dalam kalangan ahli pengurusan tertinggi fakulti dan pensyarah, serta pelancaran projek #CikguCikguUKM Musim 4 yang melibatkan penghasilan 30 video beranimasi untuk pembelajaran di sekolah oleh pelajar sarjana fakulti pendidikan.
Ekhwan turut berharap, program ini menjadi satu pemangkin agar fakulti pendidikan akan terus mengunguli penyelidikan dan teknologi pendidikan yang bertaraf antarabangsa serta menginspirasikan pendidik untuk memastikan UKM terkehadapan dalam memperkasakan inovasi futuristik bidang pendidikan.
Eton Khir
Sat Aug 28 2021
Menurut Mohd Ekhwan inisiatif program ini selari dengan lembayung teras UKM yang menerapkan nilai kebitaraan dan prakasa digital. - Foto Facebook
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FPend UKM cipta sejarah pembelajaran berasas teknologi pintar
Fpend anjuran Fakulti Pendidikan, UKM berjaya mencipta sejarah dengan memacu inovasi sembilan ruang pembelajaran futuristik.