RUJUKAN agama atau konteks keagamaan dalam aktiviti pemasaran bukanlah sesuatu yang baharu.
Mutakhir ini, penggunaan agama dalam kempen pemasaran semakin meningkat terutamanya menerusi saluran digital seperti jaringan media sosial, dengan harapan ia dapat mewujudkan daya tarikan terhadap pengguna terutamanya yang beragama Islam.
Walau bagaimanapun, dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia, agama merupakan topik yang sensitif dan berisiko untuk sesuatu jenama, sekali gus mampu menarik perhatian negatif yang tinggi.
Namun bagi sesetengah pengiklan, ia satu risiko yang berbaloi untuk diambil kerana mampu menonjolkan implikasi yang lebih besar terhadap kempen mereka - sama ada positif mahupun sebaliknya.
Bagi mengupas topik ini dengan lebih lanjut dan mengkaji secara terperinci mengenai isu yang dibangkitkan, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) bersama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Forum Meja Bulat bertajuk: “Eksploitasi Agama dalam Perniagaan: Setakat mana elemen keagamaan boleh digunakan dalam pemasaran?”.
Forum ini merupakan sebahagian daripada usaha kolaborasi antara Forum Kandungan dan USIM yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerja jangka panjang, menerusi pembabitan para pelajar seperti peluang latihan industri, program latihan dan kesedaran serta kolaborasi pembelajaran dengan ahli penting industri kandungan.
Pada dasarnya, pembangunan dan sokongan kepada para pelajar dan institusi akan memupuk serta melahirkan generasi baharu yang bersedia menghadapi masa depan dan bertanggungjawab dalam penghasilan kandungan, selain mampu melakukan kawal selia kendiri, mencipta dan berkongsi kandungan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Forum tersebut diketuai oleh barisan panelis terhormat yang terdiri daripada pemain utama industri dan pemimpin pendapat termasuk Ustaz Mohd Amri Abdullah, pakar industri halal nasional dan hos MyHalal TV1; Ahmad Fedtri Yahya, produser kanan dan penyampai TV3; Hajah Nik Hasnah Ismail, penyampai and pengurus hubungan strategik di radio IKIM; Wan Syahrul Amry, pengurus kandungan di ZAYAN ASTRO Radio; Dr Mazlina Abu Bakar dari Briged Bakti Malaysia dan usahawan, Fynn Jamal.
Sejak dahulu lagi, terdapat pengeksploitasian dalam penggunaan agama melalui pelbagai cara, antaranya untuk mempromosikan makanan sunnah, telur halal dan selipar “mesra-muslim” antara lainnya.
Selain produk, agama juga digunakan untuk mempromosikan pelbagai perkhidmatan.
Menurut Dr Mazlina, organisasinya menerima pelbagai aduan daripada para penyumbang, di mana dana mereka disalahgunakan oleh sekolah Tahfiz yang menerima sumbangan.
“Pihak sekolah meminta sumbangan untuk tujuan program wakaf bagi pembangunan asrama untuk para pelajar mereka.
"Bagaimanapun, sebaik saja wang berkenaan diterima, pihak sekolah menggunakannya untuk membayar operasi sekolah.
"Tindakan itu adalah salah kerana asas kepada sumbangan itu telah disalahtafsirkan, sehingga menyebabkan penderma mempercayai bahawa mereka menyumbang untuk tujuan keagamaan,” katanya.
Bercerita dari sudut perspektif seorang usahawan, Fynn Jamal percaya bahawa agama tidak seharusnya disalahgunakan bagi mengiklankan sesuatu produk.
“Sekiranya produk itu bagus, maka, ia akan terbukti secara harfiahnya. Kita tak boleh menggunakan agama semata-mata untuk mendapatkan lebih banyak tarikan dan penjualan,” katanya.
Perkara mengenai peralihan sentimen penggunaan agama dalam pengiklanan, Hajah Nik Hasnah berkata walaupun sebelum ini radio IKIM membenarkan penggunaan perspektif keagamaan dalam pengiklanan, namun, perkara tersebut tidak lagi dipraktikkan.
“Bercerita mengenai 20 tahun lalu, pengiklanan yang menggunakan perspektif agama dibenarkan di stesen radio kami, namun ia tidak lagi diteruskan, terutamanya selepas menimbangkan maklum balas daripada pendengar dan pengguna.
"Kini, IKIM mempunyai garis panduan sangat ketat yang melarang sesiapa daripada menggunakan perkataan seperti 'Mesra Muslim' atau menggunakan agama untuk mempromosikan produk mereka ke udara,” katanya yang turut menambah bahawa pendengar pada masa kini tidak akan tertakluk kepada pengiklanan berasaskan agama di radio.
Sementara itu, Wan Syahrul turut berkata bahawa Astro Radio mempunyai unit kawal selia sendiri yang memberi amaran sekiranya terdapat kandungan sensitif seperti isu keagamaan.
“Kebiasaannya kami akan merujuk kepada JAKIM, JAWI dan JAIS dalam hal membabitkan agama.
"Kami sangat berhati-hati apabila menyentuh isu-isu ini dan kami berpegang teguh dalam memastikan eksploitasi tidak berlaku.
"Sebagai medium penyiaran, kandungan yang disiarkan boleh memberi pengaruh besar kepada pengguna, mereka akan menganggap bahawa produk yang diiklankan boleh dipercayai kerana ia dipasarkan menerusi platform kami,” katanya.
Secara retrospektif, Ahmad Fedtri berkata agama memainkan peranan besar dalam kepercayaan pengguna, terutamanya apabila ia datang dari perspektif budaya.
Beliau memetik insiden tertentu membabitkan jenama coklat yang didakwa telah dihasilkan dengan menggunakan DNA khinzir.
Tuduhan palsu tersebut mendatangkan fitnah kepada jenamanya dan mencetuskan panik dalam kalangan pengguna beragama Islam.
Bagi menangkis tuduhan palsu dan mencipta semula imejnya, syarikat itu menggunakan khidmat ikon Melayu untuk menghapuskan sebarang salah tanggapan dan menunjukkan bahawa produk itu sememangnya selamat untuk dimakan oleh orang Islam.
Turut berkongsi kepakaran industrinya, Ustaz Amri, berkata terdapat peraturan sedia ada daripada JAKIM yang melarang pemegang sijil halal untuk menggunakan label Halal pada produk mereka untuk tujuan pengiklanan atau promosi.
"Sekiranya anda melihat produk seperti makanan “Sunnah” atau air “Zamzam” diiklankan dengan logo Halal, ia mungkin dibuat-buat.
"Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan produk tersebut,” katanya.
Sekiranya ingin menonton Forum Meja Bulat, layari laman Facebook Forum Kandungan di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Forum Kandungan atau Kod Kandungan, layari www.contentforum.my.
MENGENAI FORUM KANDUNGAN
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) adalah organisasi industri kawal sedia kendiri yang bebas dan didaftarkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (CMA’98) untuk menyelia dan mempromosikan kandungan kawal selia kendiri melalui medium rangkaian elektronik.
Forum Kandungan terdiri daripada pemain utama industri kandungan, sebagai contoh, pengiklan, penyiaran, pencipta/pengedar kandungan, penyedia perkhidmatan hos teks audio, penyedia perkhidmatan internet dan pertubuhan sivil.
Ia bertujuan memudahkan kawal selia kendiri, yang menyediakan lapisan tambahan perlindungan pengguna yang melengkapkan rangka kerja undang-undang.
Forum Kandungan komited untuk mentadbir dan mempromosikan penciptaan, pengedaran dan penggunaan kandungan rangkaian elektronik.
Kenyataan Media
Wed May 18 2022

Panelis berkongsi pandangan mengenai penggunaan agama yang mengeksploitasi dan tidak bersesuaian dalam kandungan promosi. -Forum Kandungan/GO Communications

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

Forum Kandungan sedia kerjasama dengan Fahmi Fadzil dalam usaha kawal selia kendiri
Forum Kandungan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat (YB) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil atas pelantikan beliau selaku Menteri Komunikasi dan Digital.

Forum Kandungan kupas sensitiviti penggunaan agama dalam pemasaran
Panelis berkongsi pandangan mengenai penggunaan agama yang mengeksploitasi dan tidak bersesuaian dalam kandungan promosi.