Kapal 'Nautical Aliya' yang membawa 195 sukarelawan dalam misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' tidak dibenarkan memasuki Teknaf, Bangladesh.
Ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya tidak dibenarkan masuk berikutan faktor keselamatan serta saiz kapal yang besar.
Menurutnya, kerajaan Bangladesh memberi tiga tempat lain iaitu pulau Saint Martin, Kutubdia dan Chittagong sekiranya ingin memasuki negara itu.
LAPOR LANGSUNG Misi bantuan kemanusiaan #FoodFlotillaForMyanmar
BACA: Tentera laut Myanmar dekati kapal Nautical Aliya
"Saya terima surat dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh yang memaklumkan di tiga tempat itu sukarelawan tidak dibenarkan turun dari kapal.
"Kami ingin turun dan serah bekalan makanan, harapnya kerajaan Bangladesh memberi kebenaran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat membantu untuk mendapatkan kembali kelulusan untuk menghantar bekalan kepada etnik Rohingya di Teknaf.
"Pada awalnya kita telah dapat 'Visa On Arrival' dan semua boleh turun untuk membantu etnik Rohingya.
"Sekarang semua tidak dibenarkan turun, kami hanya ingin laksanakan ibadah iaitu hantar bantuan kemanusiaan," katanya.
Pada 4 Feb lepas, Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal misi bantuan kemanusian itu berlabuh di Pelabuhan Teknaf.
Kebenaran itu diberi berikutan pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia Md Shahidul Islam.
Misi yang masuk hari kelima ini membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Ia disertai kira-kira 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil NGO tempatan dan luar negara. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 07 2017
Ketua misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya tidak dibenarkan masuk berikutan faktor keselamatan serta saiz kapal yang besar. - Foto Bernama
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
[TERKINI] Banjir diramal landa sembilan jajahan Kelantan Ahad depan
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
JPS menerusi kenyataan memaklumkan jajahan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh kerana syarat baharu Israel - Hamas
Tiada komen daripada kerajaan Israel mengenai kenyataan Hamas.
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Nautical Aliya dijangka tiba di Pelabuhan Klang Khamis
Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' dijangka tiba pulang di Pelabuhan Klang pada Khamis.
Hanya 25 sukarelawan Food Flotilla For Myanmar dibenar turun ke lapangan - Abdul Azeez
Selepas dua jam pertemuan dengan wakil kerajaan Bangladesh, hanya 25 wakil misi -Food Flotilla For Myanmar dibenarkan turun ke lapangan.
Nautical Aliya dibenar berlabuh di Chittagong - Azeez
Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox's Bazar, Bangladesh pada Isnin, kapal misi kemanusiaan 'Nautical Aliya' kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong.
Nautical Aliya diberi amaran mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong
Biro Maritim Antarabangsa (IMB) telah memberi amaran kepada Nautical Aliya mengenai risiko rompakan di perairan Chittagong, Bangladesh.
Food Flotilla for Myanmar: "Saya tak sabar untuk sampai ke Rakhine" - Sukarelawan
Semangat sukarelawan Food Flotilla for Myanmar berkobar-kobar untuk turun ke lapangan bagi membantu pelarian Rohingya.
Sukarelawan Food Flotilla for Myanmar tunggu kelulusan mendarat di Bangladesh
Sekretariat Misi Food Flotilla for Myanmar optimis sukarelawan akan dibenarkan turun ke Bangladesh Isnin ini.
Nautical Aliya teruskan pelayaran ke Chittagong
Selepas sahaja fasa pertama misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' di negara ini selesai , kapal 'Nautical Aliya' meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh hari ini.
Food Flotilla for Myanmar: Barang bantuan selamat tiba di pelabuhan Myanmar
Sejumlah 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar selamat tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini 5:30 petang waktu Malaysia pada Khamis.
#FoodFlotillaForMyanmar: Kapal tidak dibenarkan masuk Teknaf, Bangladesh
Kapal 'Nautical Aliya' yang membawa 195 sukarelawan dalam misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' tidak dibenarkan memasuki Teknaf, Bangladesh.
Flotilla belayar ke wilayah Rakhine selewat-lewatnya 3 Feb
Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di wilayah utara Rakhine, Myanmar, akan belayar dari Pelabuhan Klang di sini, selewatnya-lewatnya 3 Feb.