Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun lepas telah memberi manfaat kepada sebanyak 311,189 isi rumah di seluruh negara sehingga Ogos lalu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 1,701 tan metrik lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM8.51 juta diagih kepada mereka yang berkenaan.
Katanya, program itu merupakan salah satu usaha kementerian bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
"Program ini juga memberikan kesedaran kepada pengguna berkenaan inisiatif 'sisa sifar' bagi mengelak pembaziran makanan serta mengurangkan pembaziran makanan," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen hari ini sebagai jawapan kepada soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk).
Ahmad Zahid bertanya mengenai anggaran rakyat yang menerima manfaat daripada program itu.
Saifuddin Nasution seterusnya berkata Program Food Bank Siswa pula telah memanfaatkan seramai 4,970 mahasiswa daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 07 2019

Sebanyak 1,701 tan metrik lebihan makanan yang dianggarkan bernilai RM8.51 juta diagih kepada mereka yang berkenaan, kata Saifuddin Nasution. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Food Bank Wakaf Rahmah Uniten dilancar, manfaat 1,000 pelajar
Program itu juga merupakan kesinambungan daripada program Food Bank Siswa yang dilaksanakan kementerian sejak Februari 2019.

KPDN salur 'food bank' untuk mangsa banjir Johor
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyalurkan bantuan KPDN salur 'food bank' untuk mangsa banjir Johor bagi membantu mangsa yang terjejas akibat banjir di Johor dan

UKM mula laksana Menu Keluarga Malaysia untuk mahasiswa
UKM sentiasa bersedia untuk memaksimumkan peranan dalam membantu masyarakat yang sedang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Tiga lagi pusat pengumpulan dan pengagihan Food Bank Malaysia akan dibuka
Tiga lagi Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makan (DC) Food Bank Malaysia akan diwujudkan di Johor, Melaka dan Kelantan.

Petugas kesihatan wujudkan 'food bank' bantu golongan terkesan
'Food bank' itu diwujudkan atas inisiatif Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Klinik Kesihatan Bandar Pekan.

KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.

FoodBank.Digital inisiatif bantu keperluan golongan terjejas
FoodBank.Digital bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan dengan menyediakan bekalan makanan melalui prosedur digital.

RM1 juta salur bantuan makanan kepada penduduk PKPD Kota Setar - Sanusi
Penghantaran bekalan akan diuruskan petugas-petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pengangguran meningkat, penduduk Madrid anjur Food Bank buat golongan memerlukan
Pasar tempatan di daerah Las Letras menawarkan ruang kosong dan vendor menyumbangkan buah-buahan sayar-sayuran untuk diedarkan.

KPDNHEP rancang tubuhkan pusat agihan 'food bank' di setiap wilayah
Inisiatif dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia itu diharapkan menjadi perintis kepada banyak lagi penubuhan pusat seumpamanya di seluruh negara.