Rakyat Malaysia harus menumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara dan menghentikan politik yang berpanjangan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata tumpuan khusus juga harus diberikan kepada pertumbuhan ekonomi negara, agar menjadi lebih rancak dan sokongan padu harus diberikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memimpin dan membangunkan ekonomi negara, ke peringkat global.
"Hentikan politik yang berpanjangan. Dalam Malaysia ini banyak sangat politik. Saban hari bercakap fasal politik. Hentikan.
"Ayuh kita beri sokongan yang kuat dan padu kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk memimpin negara kita, memimpin ekonomi dunia," katanya dalam ucapan pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang dan Dun Bukit Antarabangsa, di sini, pada Ahad.
Majis itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, sokongan padu itu diharap akan membolehkan Malaysia muncul sebagai negara yang mampu bersaing di peringkat global, selepas berlangsungnya Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), November ini.
Katanya sungguhpun Malaysia dan dunia sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19, namun kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan, telah mengambil langkah yang proaktif, pantas, cepat dan efisyen, untuk memastikan wabak virus itu tidak merebak, sehingga menjejaskan ekonomi negara di peringkat akar umbi.
"Kerajaan hari ini berusaha merangka memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dalam masa terdekat ini, untuk memastikan suntikan dana tambahan, akan dapat menjamin aliran tunai yang lebih baik serta tidak menjejaskan sektor lain, dan membawa kepada kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
"Percayalah usaha ini akan berjaya dengan dapat sokongan yang kuat dan padu daripada rakyat, syarikat perniagaan dan juga kerajaan, daripada peringkat negeri dan persekutuan.
Timbalan Presiden PKR itu turut berkata untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kerajaan terus berusaha mencapai matlamat menerusi rancangan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 agar jurang pendapatan di antara kaum dan wilayah, di dalam negara ini dapat dirapatkan.
"...untuk Malaysia terus maju kehadapan kita kena pastikan setiap rakyat Malaysia tidak kira latar belakang mereka, mendapat pengiktirafan dan pembelaan. Jangan hanya tertumpu pada kawasan bandar sahaja, orang Cina di luar bandar, orang India di dalam estet, orang Melayu di kampung, juga harus mendapat pembelaan, begitu juga rakyat di Sabah dan Sarawak," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 16 2020
Azmin berkata tumpuan khusus juga harus diberikan kepada pertumbuhan ekonomi negara, agar menjadi lebih rancak. - BERNAMA
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
BNM terus pantau inflasi domestik, prospek pertumbuhan
Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan pendekatan kepada dasar monetari kekal dipacu berasaskan data dan berpandangan ke hadapan.
Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
Anggota ASEAN perlu fokus pembangunan mampan sebagai satu kumpulan - Pakar
Jeffrey D Sachs, profesor ekonomi terkemuka dari Universiti Columbia berkata, ekonomi baharu itu sedang berusaha menjadi mampan alam sekitar.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.