PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memerintahkan Ahli Parlimen Sungai Siput S. Kesavan membayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pegawai penyelidik Parlimennya Indrani Ramasamy kerana memfitnah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan.
Dalam prosiding yang dijalankan melalui Zoom, panel itu turut memerintahkan Kesavan membayar kos RM20,000 kepada Indrani, yang diwakili peguam Rueben Mathiavaranam manakala peguam Azhar Arman Ali mewakili Kesavan.
Rueben ketika dihubungi berkata Mahkamah Rayuan mendapati anak guamnya telah berjaya membuktikan kesnya dan memutuskan hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dengan membuat dapatan Indrani dan Kesavan telah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral tanpa membenarkan pihak-pihak membuat hujahan mengenai perkara itu.
"Justeru, keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan dan Mahkamah Rayuan memerintahkan responden (Kesavan) membayar ganti rugi RM80,000 kepada Indrani," katanya.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azimah Omar (kini hakim Mahkamah Rayuan) ketika menolak saman Indrani tahun lepas, berkata dasar awam menetapkan bahawa mahkamah tidak boleh menghabiskan masa atau sumber untuk memberikan apa-apa remedi kepada pihak-pihak yang hadir di hadapan mahkamah dengan penipuan untuk menyembunyikan perbuatan dan penglibatan mereka yang tidak bermoral.
Indrani memfailkan saman itu pada 16 Julai 2019 susulan kenyataan Kesavan yang antara lain mendakwa Indrani sering mengganggunya dan berniat mahu meruntuhkan rumah tangganya serta dakwaan wanita itu telah menyebabkan beliau mengalami trauma.
Indrani juga membuat laporan polis mendakwa Kesavan telah melakukan gangguan seksual terhadapnya sejak Disember 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 20 2023
![Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai Siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu Fitnah: Mahkamah perintah MP Sungai Siput bayar ganti rugi RM80,000 kepada bekas pembantu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642423002_JUDGE.jpg)
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Indrani berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap Kesavan. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![PKR perkemas jentera pilihan raya hadapi PRN Sarawak PKR perkemas jentera pilihan raya hadapi PRN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81558890840_BaruBian.jpg)
PKR perkemas jentera pilihan raya hadapi PRN Sarawak
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian akan mengepalai jentera parti di negeri itu dan akan dibantu oleh beberapa orang pimpinan pusat.
![Dakwaan gangguan seksual: PKR tidak teragak ambil tindakan disiplin Dakwaan gangguan seksual: PKR tidak teragak ambil tindakan disiplin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558881496_KesavanSubramaniam.jpg)
Dakwaan gangguan seksual: PKR tidak teragak ambil tindakan disiplin
Majlis Pimpinan Pusat parti itu dalam satu kenyataan berkata PKR memandang serius dakwaan berkenaan seperti yang dilapor media.
![Isu KR1M: Kerajaan hanya akan jadi perunding Isu KR1M: Kerajaan hanya akan jadi perunding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41442225079_krimkedai.jpg)
Isu KR1M: Kerajaan hanya akan jadi perunding
Kerajaan hanya akan bertindak sebagai perunding dalam isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 bersama rakan-rakan kongsi strategiknya.