PUTRAJAYA: Mahir menyembur minyak tanah dari mulut ke arah nyalaan api kecil sehingga menghasilkan bulatan api besar, Staf Sarjan Mad Zain Medol diberi kepercayaan mempersembahkan aksi kemahiran yang dimilikinya sejak usia remaja pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) di Dataran Pahlawan Negara di sini pada 31 Ogos ini.
Terkenal dengan jolokan 'fire dragon', anak kelahiran Sabah berusia 38 tahun itu mengetuai Pasukan Pancaragam Kor Armor Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi acara drum line ATM akan menampilkan aksi yang menjadi faktor 'wow' pada HKHM 2021 itu.
HKHM 2021 bertemakan Malaysia Prihatin akan disiarkan secara maya pada 31 Ogos selain boleh ditonton di stesen televisyen tempatan, Facebook Live Merdeka360 dan Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Berkongsi mengenai cabaran membuat persembahan semburan api, Mad Zain mengakui kemahiran yang dimiliki itu menuntut keberanian memandangkan semburan minyak tanah ke arah api boleh menyebabkan kecederaan pada anggota badan.
"Walaupun pernah tercedera, namun kecederaan itu saya anggap perkara biasa dan tidak melunturkan minat saya," katanya ketika ditemui Bernama semasa raptai HKHM 2021.
Menurut Mad Zain, beliau memiliki kemahiran tersebut sebelum menyertai ATM dan apabila diterima masuk berkhidmat pada 2003, ia menjadi platform kepadanya untuk mengasah dan menonjolkan bakat.
Bapa kepada tiga anak itu bukan sahaja menjadi hero kebanggaan anak-anaknya malah kemahiran serta keberanian yang dimiliki turut dikagumi rakan sepasukan yang berminat mempelajari teknik semburan api daripada beliau.
"Dalam ATM pula ada sediakan pelbagai kursus. Jadi saya ambil peluang untuk mengikuti kursus berkaitan selain berkongsi ilmu yang saya dapat dengan rakan sepasukan yang lain," katanya.
Mengenai persembahan pancaragam gabungan drum line ATM yang diserikan dengan elemen semburan api itu, Mad Zain berkata persembahan berdurasi selama enam minit itu disertai 128 anggota daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Beliau yang dipertanggungjawabkan sebagai Drum Major (komander lapangan) selain mengetuai perbarisan tongkat bermuzik dan persembahan semburan api berkata mereka telah mengadakan latihan kira-kira sebulan untuk memastikan kesempurnaan dalam persembahan.
Menurutnya, gabungan drum line ATM akan memainkan beberapa lagu patriotik dan akan turut menampilkan seni taekwando tempur tanpa senjata.
Sementara itu, Pegawai Waran II Angkatan Tentera Laut Azumu Zainal, 40, yang merupakan seorang daripada anggota pancaragam gabungan badan beruniform pelbagai agensi berkata walaupun peranan sebagai pembaling tongkat sering kali dimainkan, aspek latihan tetap menjadi keutamaan.
"Latihan ini perlu sebab masa persembahan kita mahu elakkan tongkat terjatuh akibat gagal disambut. Pernah juga tongkat yang dibaling terjatuh di atas kepala, leher dan dada sehingga cedera. Maka kita mahu elak perkara seumpama itu ketika persembahan," katanya sambil menunjukkan kesan cedera pada bahagian lehernya.
Pembaca Ikrar Rukun Negara, Penguasa Kanan Bomba II Siti Farizun Naim, 33, berkata beliau merupakan seorang daripada lapan petugas barisan hadapan yang akan membaca ikrar tersebut bagi mewakili seluruh pasukan beruniform yang berkhidmat tanpa kenal erti penat lelah ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
"Ini kali pertama saya sertai Hari Kebangsaan dalam era pandemik COVID-19 yang mana aspek latihan sangat berbeza kerana kami semua perlu utamakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Ini pengalaman baharu bagi saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Menurut Mad Zain, beliau memiliki kemahiran tersebut sebelum menyertai ATM. - Foto BERNAMA
Nahas Jeju Air: Dua kotak hitam sudah ditemukan
Data penerbangan dan rakaman suara telah diperoleh bagi membolehkan mereka mengenal pasti punca sebenar nahas.
Fokus Minggu Depan: Kemalangan lori: Tingkat kesedaran, perkasa penguatkuasaan
Prof Madya Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia
Tak tarik brek sempurna punca lori mengundur sendiri
Punca kejadian adalah disebabkan pemandu tidak menarik brek tangan dengan sempurna dan keadaan jalan yang berbukit.
Institusi keselamatan Syria menindas rakyat akan di rombak - Ketua Perisikan
Ketua Perisikan Umum Syria Anas Hattab pada Sabtu mengumumkan bahawa institusi keselamatan yang dituduh menindas rakyat selama lebih 50 tahun di bawah rejim yang digulingkan akan dirombak sejajar tujuan asalnya.
PM Qatar bertemu delegasi Hamas, runding gencatan senjata
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas di Doha semalam bagi membincangkan perjanjian gencatan senjata yang jelas dan menyeluruh untuk menamatkan perang di Gaza.
Kerajaan Kelantan tetapkan pensijilan halal kepada tujuh kategori premis makanan
Kerajaan Kelantan menetapkan tujuh kategori premis makanan yang perlu mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi membolehkan premis mendapat Lesen Kekal Perniagaan di negeri ini.
Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'
Meskipun filem itu adalah salah satu kenangan bersama arwah, namun dia tidak mampu kerana ia akan membuatkannya bertambah sedih.
Guru Agama warga Afrika ditahan rotan anak murid enggan baca al-Quran
Gara-gara enggan membaca al-Quran seperti yang ditunjuk ajar, seorang kanak-kanak warga Afika berusia 12 tahun dipukul guru agama dengan menggunakan rotan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian di Ampang, di sini pada minggu lalu.
Pelanggaran burung atau cuaca buruk mungkin punca
Seorang pegawai kecemasan Korea Selatan tidak menolak kemungkinan pelanggaran burung atau cuaca buruk punca sebuah pesawat Jeju Air terhempas hingga mengorbankan 124 orang.
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
'Fire Dragon', pakar semburan api jadi faktor 'wow' pasukan pancaragam ATM
Mad Zain mengakui kemahiran yang dimiliki itu menuntut keberanian memandangkan semburan minyak tanah ke arah api.