KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd bagi menerbitkan filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk 'Oppa.'
Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Supt Mohd Faizal Zainal berkata, filem itu diadaptasikan daripada kisah benar mengenai penipuan cinta dalam talian atau love scam.
"Kita di PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pencegahan kepada masyarakat terutamanya dalam mekanisme yang berbeza. Selama ini kita beri pencegahan dalam bentuk konvensional seperti melalui sesi ceramah atau pemaparan video klip.
"Tetapi, kali ini kita bertukar ke arah hiburan kerana kita percaya masyarakat lebih dekat dan terhibur serta mudah tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan (menerusi medium hiburan) seterusnya bersama-sama PDRM membantu dan mencegah serta membanteras 'scammer' keseluruhannya," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran filem Oppa baru-baru ini.
'Oppa' mengisahkan seorang guru sekolah rendah yang mendambakan cinta dan bertemu jejaka idamannya di dunia maya tanpa menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket love scam.
Lebih menarik, filem berdurasi 90 minit itu yang menelan kos hampir RM2 juta turut dilakonkan oleh lebih 50 pegawai dan anggota polis sebenar termasuk Mohd Faizal.
Menurutnya, cabaran yang dihadapi mereka adalah perlu menghasilkan skrip yang bersesuaian berdasarkan garis panduan yang diberikan, agar lakonan yang ditonjolkan tidak terlalu kaku atau terlalu berlebihan sehingga melanggar protokol jabatan mereka.
"Sudah tentu ia (berlakon) sesuatu yang sukar kerana bidang ini bukan 'forte' kami...dalam satu babak jika pelakon profesional mungkin hanya perlu dua atau tiga 'take', tetapi kami sampai 30 'take' perlu dibuat.
"Kita minta maaf kepada penerbit filem kerana sabar melatih kami supaya dapat menonjolkan yang terbaik dalam filem ini.. kita cuba buat sehabis baik... itu yang membuatkan kami bersemangat tinggi," katanya.
Pada masa sama, Faizal turut berharap filem itu dapat mendidik masyarakat untuk lebih cakna mengenai jenayah scam yang berlaku secara meluas dalam masyarakat.
Sementara itu, pengarah filem Choong Lin Loong, 44, berkata peningkatan jumlah mangsa kes jenayah scam memberinya inspirasi untuk menghasilkan filem berkenaan.
"Hasil bacaan saya, semua jenayah scam ini modus operandinya hampir sama tetapi kenapa masih ada lagi yang menjadi mangsanya? Saya buat filem ini bukan hanya mahu mengejar keuntungan tetapi bertujuan memberi kesedaran," katanya.
Pada masa sama, Choong optimistik filem itu akan mendapat sambutan walaupun hanya mengetengahkan bakat baharu termasuk pelakon dari Korea Selatan, TaeOh Jang.
"Kita menjalankan sesi uji bakat terbuka dalam mencari pelakon bersesuaian... asalnya dalam sesi uji bakat itu kita juga ingin mencari seseorang yang wajahnya persis jejaka tampan dari Korea Selatan, namun tidak menemuinya.
"Mujurlah, kita ada kenalan dengan agensi pengurusan artis dari Korea Selatan dan meminta bantuan daripadanya dengan syarat bakat baharu itu perlu fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris," katanya.
Selain TaeOh Jang, buah tangan pertama Dream Film Sdn Bhd itu turut menampilkan penyanyi dan pempengaruh Jacqueline Goh, Lee Qi, Amanda Tan dan Sadiq M Jamil dan dijangka menjengah pawagam tempatan Mei ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
Faizal berharap filem Oppa dapat mendidik masyarakat untuk lebih cakna mengenai jenayah scam yang berlaku secara meluas dalam masyarakat. - Gambar Bernama
Keputusan Bung Moktar kekal bebas atau perlu bela diri tuduhan rasuah ditentukan hari ini
Keputusan sama ada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad kekal bebas daripada tiga tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta, akan diputuskan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Itali hantar 15 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kementerian Pertahanan.melaporkan, sebuah pesawat Tentera Udara Itali berlepas dengan membawa lebih 15 tan bantuan kemanusiaan untuk dihantar kepada penduduk di Gaza.
Konflik Asia Barat: Ketua media Hizbullah terbunuh dalam serangan Israel
Serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut membunuh Ketua Perhubungan Media Hizbullah Mohammad Afif, pada Ahad.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil desak gencatan senjata segera di Gaza
Malaysia dan Brazil mendesak gencatan senjata segera dan kekal di Gaza selain menuntut Israel memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik itu dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
Sidang Kemuncak G20: Malaysia - Brazil teroka inisiatif kepimpinan ASEAN, BRICS
Malaysia dan Brazil secara bersama berminat untuk meneroka pelbagai inisiatif semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
XPDC gagal beraksi di UMK, sekretariat PESKOUMK'14 mohon maaf
Sekretariat PESKOUMK'14 berkata, kegagalan berbuat demikian dipercayai kerana salah faham berhubung isu permit hiburan.
Biden izinkan Ukraine guna peluru berpandu AS di Rusia
Presiden Amerika beri lampu hijau untuk Ukraine guna ATACMS dalam usaha tembusi Rusia.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai Danga
Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam ditemukan lemas di tebing Sungai Danga petang tadi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
Kes buli pegawai kadet, PDRM sedia siasat jika ada laporan polis - KPN
Razarudin mengesahkan setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu termasuk mangsa.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan: PDRM berhubung dengan Kedutaan Rusia
PDRM telah berhubung dengan pihak Kedutaan Rusia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.
Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.