PADANG BESAR: Mesej yang dibawa dalam filem Mat Kilau membawa makna yang besar tentang kesusahan para pejuang kemerdekaan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
"Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira sebagai satu perjuangan yang besar kepada negara," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar meluangkan masa bersama penduduk Padang Besar dan kawasan sekitarnya menyaksikan wayang pacak filem Mat Kilau yang disiarkan secara percuma sempena Karnival Merdeka Keluarga Malaysia@ Padang Besar.
"Filem ini juga menyuntik kembali semangat patriotik semua lapisan masyakat Keluarga Malaysia," katanya.
Beliau berkata filem ini dinanti-nantikan oleh semua rakyat Perlis memandangkan tiada pawagam di sini.
Katanya sekiranya terdapat permintaan, beliau akan berusaha melakukan kerjasama dengan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi membuat tayangan wayang pacak pada masa akan datang.
Zahidi berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan mengadakan kerjasama dengan pihak Indonesia bagi menghasilkan filem genre sejarah berikutnya.
"Menteri Komunikasi dan Multimedia (MENKOM) akan membuat lawatan ke Indonesia pada 18 Ogos ini bagi membincangkan kerjasama bagi filem sejarah.
Filem tersebut mengenai kerjasama Ratu Jawa, Aceh dan Johor berjaya mengalahkan penjajah yang dilihat sebagai satu filem yang dapat menyuntik semangat patriotik kedua selepas filem Mat Kilau," katanya.
Kira-kira 1,600 orang pengunjung hadir menyaksikan wayang pacak filem Mat Kilau yang ditayangkan oleh FINAS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Zahidi hadir menyaksikan wayang pacak 'Filem Mat Kilau' bersama pengunjung pada Karnival Merdeka Keluarga Malaysia di Kampus Uniciti Alam Sungai Chuchuh, Universiti Malaysia Perlis, Padang Besar, 12 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.