BENTONG: Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam yang mempelajari ilmu silat di gelanggang di Pelangai di sini berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat, yang juga Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Pahang.
PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini turut melibatkan seorang calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Di luar arena politik, gelanggang silat di kawasan DUN Pelangai menyaksikan perkembangan luar biasa berikutan populariti filem Mat Kilau yang mencetus fenomena pada tahun lepas.
Pengerusi PSSGMK Daerah Bentong Ahmad Tajuddin Othman berkata silat begitu popular di Pelangai dengan lebih 2,000 pelajar mengikuti kelas yang diadakan pada setiap hujung minggu di lima gelanggang di sini.
Beliau berkata permintaan daripada penduduk Pelangai untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri itu begitu tinggi sehingga jurulatih tidak menang tangan menyediakan kelas yang mencukupi.
"Permintaan tinggi sampai ada ibu bapa yang minta ajar secara peribadi macam kelas tuisyen di rumah, tetapi kita memang tak boleh nak terima sebab kita tidak cukup jurulatih.
"Kebanyakan jurulatih kami secara hakiki merupakan penjawat awam. Jadi mereka mempunyai masa yang terhad dan hanya sempat mengajar pada hujung minggu sahaja," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Gelanggang Silat Kampung Chemomoi di sini.
Ahmad Tajuddin, 55, yang mengamalkan seni silat selama 38 tahun mengimpikan supaya setiap kampung di Pelangai dan di daerah Bentong mempunyai sekurang-kurangnya satu gelanggang silat.
"Untuk itu, kami perlu melahirkan lebih ramai jurulatih yang mampu membuka gelanggang sendiri. Kami juga harap kerajaan untuk terus membantu semua pertubuhan silat di seluruh negara kerana kami tidak mempunyai sumber pendapatan yang besar dan perlukan bantuan kewangan," katanya.
Menurutnya orang Melayu khususnya pemuda perlu mempelajari silat kerana ia merupakan budaya dan warisan negara ini yang perlu dipertahankan selain dapat membentuk sahsiah dan membina keyakinan dalam diri setiap pelajar.
Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar silat, Norarisan Ahmad, 45, berkata beliau menghantar anak lelakinya berusia 12 tahun untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri itu kerana mahu meningkatkan keyakinan dan jati diri anaknya.
"Anak saya dulu seorang yang memang pemalu sampai nak bercampur dengan orang pun rasa segan. Tetapi, Alhamdulilah selepas dia masuk silat, dia menjadi seorang yang lebih matang dan berani," katanya.
Selain itu, katanya latihan silat juga dapat memberikan kecergasan fizikal buat anaknya yang sebelum ini hanya leka bermain permainan video.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Ahmad Tajuddin berkata permintaan daripada penduduk Pelangai untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri itu begitu tinggi sehingga jurulatih tidak menang tangan menyediakan kelas yang mencukupi. - Gambar Bernama

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.

KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.

Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.

Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.

Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

KPM terus fokus tangani isu keciciran pelajar - Fadhlina
Isu keciciran pelajar akan terus menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) sepanjang tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.