Mereka digelar pondan, mak nyah, tomboi dan pelbagai lagi yang semuanya membawa konotasi negatif dan maksud serupa iaitu golongan yang bersifat dan berkelakuan bertentangan dengan tabii. Mereka juga dipandang serong serta sering kali dipinggirkan masyarakat kerana selain gaya hidup yang bertentangan dengan agama dan budaya, kelompok ini sinonim dengan pelbagai gejala negatif.
Menyedari nasib yang menimpa kebanyakan golongan itu, badan bukan kerajaan Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang (FHDA) tampil menyediakan perkhidmatan terutama berhubung aspek kesihatan dan reproduktif.
"FHDA mendekati golongan ini bukan untuk menggalakkan gejala transgender berleluasa. FHDA menumpukan kepada kesihatan seksual dan reproduktif. Mereka tergolong dalam kelompok yang memerlukan bimbingan sewajarnya kerana ada yang mengambil hormon dan memasukkan implan.
"Mereka perlukan preskripsi dan nasihat doktor melalui saluran yang betul...kalau hormon yang mereka ambil tu salah, ia boleh mendatangkan banyak kesan sampingan kepada mereka. Jadi, FHDA berperanan dalam memberi khidmat nasihat kepada golongan ini," kata Pengerusinya Yeap Meng Chee kepada Bernama di sini.
Katanya kesukaran golongan itu mendapat rawatan dan khidmat nasihat di sini menyebabkan ramai ke luar negara untuk mendapatkan rawatan tertentu yang kadang kala menyebabkan mereka menanggung kesan buruk sehingga ada yang maut.
Katanya sepanjang tahun lepas 449 transgender yang terdiri daripada ‘mak nyah’ mendapatkan perkhidmatan FHDA.
"Pada mulanya agak sukar untuk mendekati golongan ini. Mereka ingat kita nak tangkap mereka. Bagaimanapun kebijaksanaan sukarelawan kami berjaya mendapatkan kepercayaan mereka.
"Kini ada antara mereka yang membawa rakan-rakan mereka untuk menjalankan pemeriksaan di sini selain mendapat khidmat nasihat berhubung masalah kesihatan," katanya sambil menambah terdapat 12 orang doktor sukarela menawarkan perkhidmatan kepada FHDA.
Selain pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat, Yeap berkata FHDA turut merujuk golongan mak nyah kepada pakar psikiatri bagi membantu menyelesaikan masalah kecelaruan identiti dan antara mereka yang berjaya kembali menjadi lelaki normal.
Katanya FHDA juga bekerjasama dengan Hospital Pulau Pinang dan beberapa NGO di negeri ini untuk membantu golongan berkenaan.
FHDA yang ditubuhkan pada 1962 menyediakan perkhidmatan seperti klinik perancang keluarga, kaunseling pengguguran, pemeriksaan payu dara, ‘pap smear’ dan rawatan kesihatan wanita, vaksin HPV dan projek pencegahan HIV menerusi dana antarabangsa Global Fund.
Bernama
Fri Aug 09 2013
![FHDA sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender FHDA sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61376038128_295x200.jpg)
![Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715543_fadillahyusof.jpg)
Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam - Fadillah
Malaysia dijangka menarik pelaburan baharu dalam sektor tenaga dari Singapura dan Vietnam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701237866_TBcacarmonyetmonk.jpg)
EU derma 215,000 vaksin cacar monyet ke Afrika - Suruhanjaya Eropah
Suruhanjaya Eropah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyelaraskan sumbangan lebih 215,000 dos vaksin cacar monyet kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
![Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716596370_KetuaPolisNegara.jpg)
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
![PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719285717_AhmadMaslan.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN perlu teruskan gerak kerja hingga kempen berakhir
Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan terus melaksanakan gerak kerja sehingga tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berakhir 11.59 malam esok.
![Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723734201_ECRLlandasankeret.jpg)
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai 70.13 peratus
Anthony Loke berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan.
![Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723718306_tbPaetongtarnShinaw.jpg)
Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.
![Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722843505_BangladeshProtest.jpg)
Pasukan PBB akan lawat Bangladesh, siasat pembunuhan semasa protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini.
![Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723721338_TBChowKonYeow.jpg)
Misi perdagangan Pulau Pinang ke AS tingkat hubungan pelabur, teroka teknologi baharu
Misi pelaburan dan perdagangan InvestPenang ke AS berjaya mengeratkan hubungan dengan pelabur dari negara tersebut serta menyediakan peluang meneroka teknologi AI dan teknologi terkini.
![Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723731965_Afham.jpg)
Keluarga Muhammad Nidza Afham reda, serah hal siasatan kepada polis
Keluarga Muhammad Nidza Afham Mokhtar menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kematian Allahyarham kepada pihak berkuasa.
AWANI 7:45 [15/08/2024] – Nidza Afham selamat dikebumikan | Pembunuhan kejam | Sangkal dakwaan pengguna X | Srettha dilucut jawatan PM
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi langsung dari Johor Bahru;
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
- Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, punca masih tunggu siasatan makmal
- Pemain bola bawa kerambit masa gaduh rupa-rupanya senarai 'wanted' polis
- Produk Malaysia mendunia, kerajaan sasar tembusi pasaran antarabangsa
- Lebih 24 jam terkandas di Jeddah, jemaah umrah tuntut penjelasan Malaysia Airlines
![FHDA sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender FHDA sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61376038128_295x200.jpg)
FHDA sedia perkhidmatan kesihatan seksual untuk transgender
Badan bukan kerajaan Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang (FHDA) tampil menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada transgender