Kerajaan dijangka membuat pengumuman penting hari ini mengenai kedudukan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam syarikat itu.
Difahamkan, satu mesyuarat dijadual diadakan di Putrajaya untuk membincangkan isu FGV, termasuk laporan disediakan pihak bebas dilantik kerajaan untuk mencari penyelesaian kepada kemelut melanda syarikat perladangan terbesar negara.
Menurut satu sumber seperti dilaporkan Berita Harian, Isa juga dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, hari ini.
Sumber itu mengulas khabar angin dan spekulasi bahawa Isa akan digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat senaraian awam itu.
BACA: Penyelesaian kemelut FGV demi kepentingan syarikat, bukan individu - Pengerusi
BACA: FGV: 'Kami tidak suruh Zakaria berhenti' - Isa Samad
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa ia telah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.
Katanya, pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV pada 8 Jun dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.
Sehari sebelum itu, Zakaria tampil memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Sebelum ini, Isa menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV kerana tiada sebab untuknya berbuat demikian.
Jelasnya, banyak pihak boleh memberikan pandangan, namun tidak semua faham dengan isu yang melanda syarikat itu.
BACA: Kemelut FGV: Bagaimana ia bermula
BACA: Laporan kemelut FGV oleh Idris Jala siap - PM Najib
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.
Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis berkenaan.
Isa ketika dihubungi BH mengenai desas-desus kedudukan beliau dalam FGV berkata:
"Saya tidak tahu (khabar ingin mengenai kedudukan beliau), saya tak mahu komen apa-apa lagi sekarang. Kita tunggu dulu."
Zakaria pula berkata, beliau bersedia menerima apa sahaja keputusan kerajaan mengenai nasib dirinya di dalam syarikat itu.
Sementara itu, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Samad, ketika ditemui BH di Johor Bahru pada Ahad, menafikan beliau turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya, hari ini.
"Saya tidak dipanggil (pertemuan di Putrajaya hari ini), jadi saya tak tahu apa mesyuarat (akan dibincang atau diumumkan). Buat masa ini, cerita mengenai pengguguran Isa dan Zakaria, hanya khabar angin.
"Kita tunggulah esok (Isnin) kerana kali ini Perdana Menteri nampak serius. Kerajaan serius sehingga melantik pihak bebas (Idris) untuk mengumpul maklumat mengenai apa yang berlaku dalam FGV," katanya.
Astro Awani
Sun Jun 18 2017
Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Zakaria, Ahmad Tifli, Ahmad Salman dan Kamarzaman untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
Kebakaran hutan: Brazil berdepan kekurangan sumber
Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.Menurut Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, kenyataannya ketika ini adalah negara berdepan kekurangan sumber yang diperlukan, termasuk anggota bomba dan anggota pertahanan awam, untuk menguruskan wabak kebakaran dengan berkesan.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
FGV lancar Rangka Kerja Kelestarian, raih manfaat jangka panjang
FGV Holdings Bhd (FGV) melancarkan Rangka Kerja Kelestarian terbaharu yang diperkasa, sekali gus mengorak langkah ke arah komitmen berterusan FGV terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Syarikat milik FGV dianugerah RM12.6 juta kes tamat kontrak bina rumah pekerja
AIAC memutuskan Multazam Development membayar FGV Plantations RM12.52 juta.
FGV bayar balik RM72.2 juta yuran pengambilan kepada 19,673 pekerja migran
FGV membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS.
FGV komited sokong agenda keselamatan makanan negara
Razak berkata sekiranya semua petani dapat menggandakan hasil, negara tidak perlu lagi bergantung kepada import.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
FGV di landasan capai 50 peratus dapur isi rumah Malaysia guna jenama makanannya pada 2030
Saji dinobatkan sebagai 'Jenama Terunggul dengan Pertambahan Pembeli Terbanyak pada 2022' oleh Kantar.
1.3 juta hektar tanaman sawit di Malaysia miliki MSPO - Fadillah
1.3 juta hektar tanaman sawit di negara ini telah dipersijilkan dengan MSPO, 661,844.12 hektar daripadanya milik pekebun kecil persendirian.