ALOR SETAR: Kerosakan feri dan fenomena air laut surut di perairan Kuala Perlis, Perlis menyebabkan seramai 423 penumpang terkandas lebih tujuh jam di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi semalam.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Kapten Baharin Baharom berkata, kesemua penumpang tersebut dijadualkan menaiki Feri Star City 6 dari Langkawi ke Kuala Perlis, namun perjalanan tidak dapat diteruskan kerana feri berkenaan mengalami kerosakan.
Beliau berkata, pihak pengurusan konsortium kemudian telah bertindak menyediakan feri lain iaitu Bahagia 99 bagi membawa kesemua penumpang ke Terminal Kuala Perlis, bagaimanapun keadaan air laut pada masa itu sudah mulai surut.
"Pihak konsortium telah berbincang dan mengambil kata putus bahawa perjalanan feri perlu dilewatkan ke 10 malam memandangkan keadaan air laut mulai pasang kembali.
"Jika feri bergerak pada 3.30 petang bermakna feri akan sampai di Terminal Kuala Perlis ketika air laut sudah surut dan boleh berlaku kecelakaan di laut yang boleh membahayakan penumpang dan anak kapal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau membuat penjelasan itu susulan penularan video sejak semalam mengenai keadaan tegang dan kecoh di Terminal Feri Penumpang Kuah apabila penumpang dikatakan tidak berpuas hati kerana jadual perjalanan feri dilewatkan.
Mengulas lanjut, Baharin berkata kekecohan bermula sebaik sahaja pihaknya mengumumkan bahawa perjalanan feri dilewatkan ke 10 malam menyebabkan ada segelintir penumpang yang memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada petugas di terminal dan kru feri.
"Kekecohan masih berlaku sampai ke malam, ada penumpang yang tidak berpuas hati dan tidak boleh menerima keadaan itu sedangkan kita lewatkan feri kerana faktor keselamatan. Ramai yang bertempik dan mengeluarkan kata kesat," katanya.
Difahamkan keadaan air laut surut di perairan Kuala Perlis menyebabkan semua perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis pada 10 hingga 13 Feb ini terpaksa dibatalkan, namun orang ramai masih boleh ke pulau peranginan itu dengan menaiki feri di Terminal Kuala Kedah, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022
![Feri rosak, air surut sebabkan penumpang terkandas tujuh jam di Langkawi Feri rosak, air surut sebabkan penumpang terkandas tujuh jam di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610529734_terminalferikuala.jpg)
Penumpang dijadual menaiki Feri Star City 6 dari Langkawi ke Kuala Perlis, namun perjalanan tidak dapat diteruskan kerana feri mengalami kerosakan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tragedi Ramadan: Tiga rumah di Kampung Warna, Kuala Perlis musnah terbakar Tragedi Ramadan: Tiga rumah di Kampung Warna, Kuala Perlis musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710539087_RumahTerbakar.jpg)
Tragedi Ramadan: Tiga rumah di Kampung Warna, Kuala Perlis musnah terbakar
Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas sebuah rumah sebelum merebak ke dua buah rumah berhampiran.
![Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708320819_TBKASTAMGANJAjp.jpg)
Kastam rampas enam guni ganja bernilai RM420,000 dicampak ke laut
Dadah itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot nelayan.
![Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran - ADUN Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran - ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675660128_WDPertandinganK.jpg)
Kuala Perlis bakal jadi hab sukan permotoran - ADUN
Usaha itu sejajar hasrat kerajaan menerusi KBS yang ingin memberi galakan kepada anak muda untuk terlibat dalam sukan itu.
![Banjir surut sepenuhnya, satu PPS ditutup Banjir surut sepenuhnya, satu PPS ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666102472_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir surut sepenuhnya, satu PPS ditutup
Banjir kilat di Perlis surut sepenuhnya dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Perlis ditutup malam ini.
![Kapal layar RM200 juta kejutkan warga Kuala Perlis Kapal layar RM200 juta kejutkan warga Kuala Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660513968_KapallayarRMju.jpg)
Kapal layar RM200 juta kejutkan warga Kuala Perlis
Kehadiran kapal layar mewah jenis Adastra itu bagaimanapun tidak mengganggu aktiviti nelayan.
![Projek pergerukan alur pelayaran dilaksana, pastikan operasi feri Langkawi-Kuala Perlis lancar Projek pergerukan alur pelayaran dilaksana, pastikan operasi feri Langkawi-Kuala Perlis lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644137270_TBWEEKASIONG.jpg)
Projek pergerukan alur pelayaran dilaksana, pastikan operasi feri Langkawi-Kuala Perlis lancar
Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah mengambil langkah serta-merta untuk melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pengerukan
![Kru roro maut jatuh dalam laut Kru roro maut jatuh dalam laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641208960_KRUROROMAUT.jpg)
Kru roro maut jatuh dalam laut
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menjalankan kerja menambat tali di bahagian belakang sebelah kanan feri itu.
![Pelantar ikan Kuala Perlis terbakar Pelantar ikan Kuala Perlis terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639540869_TBTERBAKAR.jpg)
Pelantar ikan Kuala Perlis terbakar
Kebakaran itu turut memusnahkan dua bot nelayan dan tiga motosikal selain pukat serta tong ikan yang yang diletakkan di pelantar ikan.
![Mayat pertama tragedi bot bertembung di Kuala Perlis ditemukan Mayat pertama tragedi bot bertembung di Kuala Perlis ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639209542_TBLEMAS.jpg)
Mayat pertama tragedi bot bertembung di Kuala Perlis ditemukan
Mayat salah seorang daripada dua mangsa kemalangan bot di Sungai Perlis pada Khamis lalu ditemukan lemas hari ini.
![Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas hampir 2 jam Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas hampir 2 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636823911_TBFERIKANDAS.jpg)
Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas hampir 2 jam
Sebuah feri penumpang yang membawa 312 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dilaporkan terkandas ketika menghampiri jeti Kuala Perlis.