LANGKAWI: Kejadian laut terbelah akibat kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu Langkawi awal pagi tadi berjaya menarik lebih 300 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan fenomena itu.
Pengurus Besar Resort Tanjung Rhu, Ameran Mohd Sharil, memaklumkan bahawa fenomena yang berlaku pada pukul 7 pagi tadi, dapat dinikmati setahun sekali.
"Kejadian "laut terbelah" berlaku selepas muncul beting pasir sepanjang 600 meter, ia disebabkan air laut di kawasan ini surut sehingga paras 0.1 meter,
"Hari ini, saya melihat lebih 300 pengunjung dan sasaran kami sebenarnya dalam tempoh dua hari ini adalah 700 orang kerana untuk melihat dan berkunjung ke sini bagi menyaksikan fenomena yang berlaku setahun sekali ini adalah percuma," kata Ameran.
"Penganjuran ini juga adalah kali kedua dibuka kepada orang ramai selepas dua tahun akibat penularan wabak COVID-19," katanya.
Pemandu Pelancong Alam Sekitar, Zoher Mustan, 57, menjelaskan bahawa pengunjung yang hadir juga boleh melihat sendiri habitat hidupan marin yang tidak boleh disaksikan sebelum ini.
"Saya lihat sekitar jam 7 pagi tadi pengunjung mula berjalan di atas beting pasir sejauh 600 meter yang turut menghubungkan ke dua pulau iaitu Pulau Chabang dan Pulau Kelam Baya," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini, pagi tadi.
Sementara itu, bagi pengunjung Nurul Huda Hamid, 36 tahun, yang juga penduduk tempatan menyatakan bahawa wujud keterujaan apabila dapat menyaksikan fenomena yang berlaku sekali setahun itu.
"Kali ini sudah tahun kedua datang, yang menariknya adalah "sand bar", "laut terbelah" ini kita tidak boleh tengok hari-hari walaupun menetap di Pulau Langkawi,
"Untuk hari ini, bergerak dari rumah 20 minit sebelum pukul 7 pagi dan sampai disini sempat berjalan diatas beting pasir itu, sempat juga tengok tadi habitat seperti batu karang dan tapak sulaiman,
"Jika ditanya mengenai potensi itu, saya rasa amat sesuai program seperti ini dipromosikan terutama melalui Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sebagai satu acara tahunan" tegasnya.
Bagi anak Sabah yang kini berkhidmat di Pekan Kuah, Jonathan Azurin, 38, dia bersama ahli keluarga serta rakan-rakan turut tidak melepaskan peluang untuk hadir melihat sendiri fenomena itu.
"Antara aktiviti yang kami buat tadi adalah mengutip siput tarik, siput tarik ini banyak ada di negeri Sabah sebenarnya, selepas ini kami akan bawa siput ini untuk direbus dan cara untuk memakannya adalah siput ini dicicah dengan sambal, ini sangat popular di Sabah,
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Mutalib menyatakan fenomena seperti ini merupakan satu 'peristiwa' yang boleh dipromosikan untuk pengunjung-pengunjung dengan lebih meluas pada masa akan datang.
"Ini satu fenomena yang unik, orang ramai boleh berjalan 600 meter diatas beting pasir, melihat habitat hidupan laut dan dua pulau yang ada, ia satu potensi besar buat sektor pelancongan di Langkawi", katanya.
Abd Hadi Che Awang
Thu Mar 03 2022
Ini fenomena yang unik, orang ramai boleh berjalan 600 meter diatas beting pasir, melihat habitat hidupan laut dan dua pulau yang ada, ia satu potensi besar buat sektor pelancongan di Langkawi. - Foto Astro AWANI
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Fenomena laut terbelah Pulau Giam tarik ribuan pengunjung
Fenomena unik itu hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan berkenaan surut habis.
Fenomena "laut terbelah" di Langkawi tarik lebih 400 pengunjung
Kejadian laut terbelah akibat kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu Langkawi awal pagi tadi berjaya menarik lebih 300 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan fenomena itu.
Pantai Mek Mas diserbu selepas tular fenomena 'laut terbelah'
Orang ramai dilihat begitu teruja berjalan di tengah-tengah beting pasir yang dipercayai terbentuk akibat air surut.