KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengambil langkah awal menyediakan 150 unit pam 'backward' tambahan tahun ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang dijangka berlaku berikutan fenomena El Nino.
Pengerusinya Muhammad Husin berkata kemudahan tersebut akan ditempatkan mengikut keperluan semasa petani membabitkan keseluruhan seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.
"Pada tahun ini kita buat tambahan sebanyak 150 unit pam backward dengan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi menambah 86 pam sedia ada.
"Kita sudah menghebahkan kemudahan ini kepada petani, hanya menunggu makluman kawasan mana yang terjejas atau memerlukan pam backward untuk kita hantar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di sini semalam, yang turut dihadiri Pengurus Besarnya Mohd Faizul Mustafa.
Menurut Muhammad, KADA turut menerima peruntukan berjumlah RM500,000 daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyediakan kira-kira 100 unit telaga tiub bagi kawasan KADA yang masih sesuai menggunakan kaedah itu.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata meskipun KADA merupakan kawasan jelapang padi negara kedua terbesar, hasil tanamannya masih ketinggalan iaitu purata 4.1 tan metrik sehektar berbanding jelapang barat laut Selangor dengan 4.32 tan metrik, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (4.24 tan metrik) dan Pulau Pinang (5.05 tan metrik).
Menurutnya antara faktor penyumbang kepada prestasi hasil pengeluaran padi rendah di KADA ialah ketiadaan sistem pengairan yang sistematik.
"KADA pada masa ini tidak mempunyai empangan untuk menampung atau menyimpan bekalan air berbanding jelapang lain yang mempunyai empangan tersendiri bagi sistem pengairan mereka," katanya.
Selain itu, katanya KADA juga berhadapan dengan penyusutan kawasan jelapang berikutan pembangunan komersial dan perumahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
![Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708293376_TBLembagaPertanian.jpg)
Muhammad berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA di Kota Bharu semalam. - Foto Facebook KADA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736113316_LembagaKemajuanPer.jpg)
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
![Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729925264_MohamadSabu.jpg)
Hasil padi KADA, MADA merosot ekoran kemarau dan banjir - Mat Sabu
Hasil pengeluaran padi KADA dan MADA merosot lima peratus dalam tempoh setahun berikutan musim kemarau dan banjir.
![Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690432829_MuhammadHusain.jpg)
Pembenihan awan fasa kedua di Kelantan dijangka awal Julai ini - KADA
Operasi Pembenihan Awan fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini.
![KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715598121_TBMuhammadHusain.jpg)
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
![Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/81504673595_BajuLokap.jpg)
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
![SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/81504673595_BajuLokap.jpg)
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
![Pembenihan awan di Kelantan lulus, tunggu cuaca sesuai Pembenihan awan di Kelantan lulus, tunggu cuaca sesuai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712276700_tboperasipembenihan.jpg)
Pembenihan awan di Kelantan lulus, tunggu cuaca sesuai
Permohonan pembenihan awan dibuat pada 26 Mac lalu oleh pasukan Task Force Kemarau KADA dan pelaksanaannya perlu disegerakan.
![Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711704735_tbpaditerjejas.jpg)
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
![KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710147771_MalaysiaPadi.jpg)
KADA laksana pembenihan awan jika kemarau berterusan hingga April
KADA akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi menyelamatkan tanaman padi jika kemarau berlanjutan sehingga pertengahan April depan.
![Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708293376_TBLembagaPertanian.jpg)
Fenomena El Nino: KADA tambah 150 unit pam 'backward' atasi masalah bekalan air
Kemudahan tersebut akan ditempatkan mengikut keperluan semasa petani membabitkan keseluruhan seluas 26,000 hektar di enam daerah tanaman padi KADA.