KUALA LUMPUR: Fenomena air pasang besar mula melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor sejak lewat malam tadi menyebabkan limpahan ke beberapa kawasan termasuk penempatan penduduk.
Situasi itu seperti dijangkakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Ahad lepas, yang memaklumkan air pasang besar dijangka berterusan di negeri terbabit selama empat hari bermula semalam (4 Nov).
JPS turut memberi peringatan fenomena itu akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak selain berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut serta banjir pantai.
BACA: Air pasang besar: Jangan dekati kawasan pantai malam ini
Di KEDAH, beberapa kawasan di negeri itu khususnya di Kuala Kedah, mula dinaiki air sekitar 11.30 malam tadi menyebabkan limpahan air ke penempatan penduduk dan kawasan pasar namun surut tidak lama kemudian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata fenomena air pasang besar dijangka paling tinggi pada 1.17 pagi esok dan kawasan berisiko akan terus dipantau khususnya di Kuala Kedah, Yan, Jerlun serta Kuala Muda.
BACA: Penduduk Kuala Kedah bimbang fenomena air pasang tengah malam ini lebih tinggi
"Keadaan banjir yang sedang melanda negeri ini juga dijangka bertambah buruk khususnya bagi kawasan tepi dan muara sungai serta perpindahan mangsa banjir juga dijangka bertambah susulan air pasang besar sehingga Selasa depan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama ke Pasar Seberang Kota, Kuala Kedah tengah hari tadi mendapati kesan limpahan air masih kelihatan ekoran air pasang besar yang berlaku tengah malam tadi, namun tidak menjejaskan penduduk khususnya peniaga di kawasan itu.
Seorang peniaga makanan kering Chempa Ladun, 41, berkata limpahan air pasang besar tengah malam tadi datang dengan perlahan sebelum surut tidak lama kemudian.
"Memang tiap-tiap tahun bila berlaku air pasang besar, air akan naik di kawasan pasar nelayan ini, kami pun dah bersedia awal, macam sekarang air naik tengah malam, tapi barang-barang di kedai sudah disimpan dan dibungkus elok," katanya.
Di PERAK, air pasang besar berlaku setinggi lebih semeter pada kira-kira 4.30 pagi tadi menyebabkan air melimpah sedalam 0.3 meter ke penempatan penduduk yang rendah di beberapa kawasan di pesisiran Sungai Perak, Teluk Intan.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata 12 kawasan di sekitar daerah itu terjejas akibat fenomena berkenaan namun tiada mangsa dipindahkan manakala air mula surut pada 7 pagi tadi.
Lokasi terjejas ialah Kampung Sungai Kerawai, Kampung Terengganu, Pekan Teluk Intan, Kampung Esso, Kampung Pisang Batak Rabik, Ban Taman Maharani, Lorong Kalat Batak Rabit, Batu 6 Jalan Maharajalela, Taman Muhibbah Batu 6, Taman Desa Aman, Kampung Batak Rabik dan Lorong Masjid Kampung Bahagia.
"Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) sentiasa memantau kawasan terlibat namun keadaan dikhuatiri menjadi buruk sekiranya berlaku hujan lebat dan ban pecah," katanya.
Di SELANGOR, air pasang besar yang melanda pesisir pantai negeri itu masih terkawal dengan dipantau secara bersepadu oleh beberapa Balai Bomba dan Penyelamat negeri bersama agensi bencana lain sejak 4.30 hingga 7.30 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata lokasi pemantauan termasuk Jeti Pulau Ketam, Jeti Sementa, Jeti Sritama, Jeti Sri Tanjung, Jeti Sepakat, Jeti Sirip Biru, Pengkalan Nelayan Kampung Tok Muda Kapar, Pengkalan Sungai Keramat dan Kampung Ban Pecah.
"Keadaan air pasang melebihi paras biasa namun keadaan terkawal, rumah penduduk tidak dinaiki air dan tiada pemindahan mangsa dilakukan serta air mula surut pada 7 pagi," katanya dalam kenyataan.
Di JOHOR, JBPM negeri akan menumpukan rondaan bagi fenomena itu di kawasan sepanjang pesisir pantai yang mempunyai penduduk di beberapa daerah antaranya Batu Pahat, Pontian, Mersing, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Muar.
Pengarahnya Datuk Yahaya Madis berkata arahan kepada seluruh Balai Bomba dan Penyelamat juga telah dikeluarkan bagi kesiapsiagaan dan rondaan sepanjang tempoh air pasang besar itu.
"Kesiapsiagaan ini merangkumi aspek kesiapsiagaan anggota dan aset-aset jabatan, terutamanya untuk memberi bantuan kepada penduduk setempat sekiranya berlaku kejadian banjir yang memerlukan pemindahan," katanya kepada Bernama.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Fenomena air pasang besar mula melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor sejak lewat malam tadi menyebabkan limpahan ke beberapa kawasan termasuk penempatan penduduk. - Gambar fail
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 232 orang setakat 8 pagi ini berbanding 236 orang yang direkodkan malam tadi.
Banjir: Fenomena air pasang, penduduk Kampung Morten berjaga-jaga
Fenomena air pasang kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini sehinggakan dalam tempoh sebulan lima kali kampung itu dinaiki air.
Air pasang besar: Tujuh keluarga dipindahkan di Banting
Setakat jam 3 pagi ini, tujuh keluarga terbabit dalam pemindahan, membabitkan 21 mangsa.
Fenomena air pasang: Empat lokasi di Kemaman berisiko banjir
Fenomena air pasang besar disusuli air yang turun dari hulu menyebabkan limpahan air sungai ke beberapa kawasan kampung di daerah Kemaman.
Fenomena air pasang besar mula landa empat negeri
Fenomena air pasang besar mula melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor sejak lewat malam tadi menyebabkan limpahan ke beberapa kawasan termasuk penempatan penduduk.
Penduduk Kuala Kedah bimbang fenomena air pasang tengah malam ini lebih tinggi
Fenomena air pasang besar yang berupaya menyebabkan ombak melebihi tiga meter dijangka berlaku tengah malam ini.
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Hujan di bahagian hulu ditambah dengan fenomena air laut pasang menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah mangsa banjir di Kedah.
Banjir Kedah: Fenomena air pasang akibatkan banjir semakin buruk
Fenomena air pasang yang berlaku sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kota Setar dinaiki air, sekali gus menyebabkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat.
Hampir 60,000 keluarga terjejas dalam banjir di selatan Thailand
Banjir buruk susulan hujan lebat di empat wilayah di selatan Thailand -Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla telah mengorbankan tiga nyawa dan menjejaskan hampir 60,000 keluarga.
Tiada kawasan dilanda banjir di Klang akibat fenomena air pasang
Kincir air di Jeti Sungai Keramat mampu menahan air laut daripada melimpahi kampung berhampiran.