ALOR SETAR: Polis kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang membiarkan anak mereka bermain di dalam air sewaktu air mulai pasang melimpah ke jalan raya dan kediaman penduduk di Kuala Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam pemantauan fenomena air pasang besar awal pagi tadi, kelihatan kanak-kanak seolah-olah berpesta bermain air tanpa menghiraukan musibah yang bakal menanti mereka kerana air datang dengan laju dan deras.
Katanya, sepanjang pemantauan bermula jam 12 tengah malam sehingga 3.30 pagi mendapati masih ramai orang awam berada di atas jalan dan di luar rumah.
Jelasnya, walaupun amaran telah dikeluarkan supaya tidak berada berdekatan dengan pantai dan kekal di tempat tinggi, namun ianya seolah-olah tidak diperdulikan.
Ini membimbangkan kerana paras air melimpah setinggi 0.5 hingga 0.7 meter boleh menghanyutkan kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun.
"Kita menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau keberadaan anak masing-masing kerana kita perhatikan pada jam lebih kurang 12 tengah malam tadi, semasa air sedang naik, terdapat kanak kanak yang kelihatan bermain di dalam air.
"Kita faham mereka ini, dalam fenomena kejadian ini, penduduk tidak dapat tidur kerana rumah mereka dimasuki air, mungkin mereka akan berjaga sepanjang malam, mungkin sehingga jam 6 pagi apabila air surut sepenuhnya, namun semasa pemantauan tadi, terdapat kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun masih lagi tidak tidur kerana rumah dinaiki air," katanya.
Menurut Ahmad Shukri, paras ombak mencatatkan ketinggian hampir 2 meter berkurang berbanding awal pagi Sabtu setinggi 3.1 meter.
Jelas beliau, seramai 30 anggota ditugaskan untuk memantau dan memastikan tahap keselamatan penduduk dan tiada kejadian jenayah seperti pecah rumah dan kecurian berlaku.
Katanya, pemantauan ini akan diteruskan sehingga fenomena air pasang besar ini dijangka tamat pada 7 November.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 06 2021
Sepanjang pemantauan bermula jam 12 tengah malam sehingga 3.30 pagi mendapati masih ramai orang awam berada di atas jalan dan di luar rumah. - Astro AWANI
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Ribut Bert landa UK, tiga maut
Kesemua mangsa maut dalam insiden jalan raya ketika ribut melanda di Hampshire, Lancashire dan Trefriw, North Wales.
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS
Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.