SHAH ALAM:Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius.
Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata setakat 11 pagi tadi, hanya halaman dua buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dilaporkan dinaiki air akibat limpahan air laut kira-kira 6.11 pagi, bagaimanapun air telah surut sekitar 7 pagi.
Katanya Jeti Pulau Ketam, Klang turut dinaiki air bagi tempoh sama namun keadaan tersebut juga kembali reda.
"Hari ini hanya ada limpahan kecil air (berhampiran pantai) dan tiada kes yang serius melibatkan petempatan penduduk di kesemua kawasan sekitar daerah Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah hingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor bermula hari ini hingga Isnin depan, serta 15 dan 16 Nov depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020
Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah hingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor bermula hari ini hingga Isnin depan, serta 15 dan 16 Nov depan. - Gambar hiasan
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Awan menyerupai UFO gemparkan penduduk Turkiye
Sekali imbas, awan itu seakan-akan dua gelung cincin berbentuk bujur, dan bertahan selama kira-kira sejam.
Lagi fenomena awan luar biasa berlaku, kali ini di Bidor, Perak
Berdasarkan fakta dan kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ini, fenomena awan tersebut sebenarnya tidak membahayakan penduduk setempat.
Fenomena ombak besar bukan untuk berpesta, berswafoto - Polis
Polis telah meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi pantai tumpuan ramai di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Fenomena air laut pasang besar di pesisir pantai Selangor terkawal - UPBN
Setakat 11 pagi tadi, hanya halaman dua buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dilaporkan dinaiki air akibat limpahan air laut.
Apa itu hujan air batu? Ini fakta yang perlu anda tahu
Fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.
Beberapa kawasan di Ipoh dikejutkan dengan hujan air batu
Penduduk terkejut kerana bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang.
Gerhana diharap dapat tarik ramai golongan muda minat astronomi
Beri peluang kepada generasi muda untuk mengetahui lebih mendalam mengenai matahari, bulan, dan seluruh sistem angkasa raya.
Pemburuan fenomena Aurora, apa yang anda perlu tahu?
Walaupun Aurora dapat dilihat selama lapan bulan dalam setahun, ia tetap satu fenomena alam yang sukar difahami.
Fenomena halo matahari dapat perhatian penduduk Kuching
Satu fenomena dinamakan "Halo Matahari" menarik perhatian sebahagian warga Kuching di Sarawak pagi ini dimana bayangan seakan gegelung cincin dilihat terbentuk dan mengelilingi matahari.