Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta tiga projek lain.
Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh FELDA dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, syarat semua kontrak yang ditandatangani oleh FELDA dengan Bumitouch Sdn Bhd dan Skyline Access Sdn Bhd bagi perkhidmatan LiDAR tidak lengkap kerana tidak memasukkan perkara penting yang menjamin kepentingan FELDA.
Laporan itu menyatakan semakan audit mendapati pembayaran sepenuhnya berjumlah RM40.57 juta telah dibuat terhadap 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch Sdn Bhd walaupun serahan LiDAR masih belum diterima sepenuhnya.
Menurutnya pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch mulai 2013 hingga 2015 telah dilaksanakan.
Bagaimanapun, penggunaan teknologi LiDAR bagi tujuan penanaman semula tidak boleh dimulakan setelah serahan bagi tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 bagi kawasan berkenaan tidak diterima sepenuhnya.
LiDAR merupakan teknologi remote sensing yang mampu mengukur jarak antara dua objek atau sifat sesuatu sasaran dengan cara memancarkan cahaya pada sasaran tertentu dengan menggunakan laser. LiDAR dapat memberi maklumat yang tepat dan cepat antaranya bagi aplikasi topografi dan peta 3 dimensi bentuk muka bumi.
Bagi pelaksanaan Projek Inisiatif Jalur Lebar pula, yang melibatkan kos RM566 juta, laporan itu menyebut ia hanya selesai di peringkat penyediaan pelan tindakan pada kos RM40 juta.
"Projek rintis dan pelancaran penuh telah ditangguhkan oleh Lembaga Pengarah FELDA pada 29 Jan, 2015," katanya.
Kajian kemungkinan dan daya maju juga tidak dilaksanakan oleh FELDA sebelum projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen, bagi menentukan keperluan dan lokasi, keupayaan teknologi, yang menyebabkan agensi mengalami kerugian RM73.63 juta.
"Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan empat subsidiari dan syarikat-syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen," katanya.
FELDA Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan oleh penggantungan projek.
"Global Settlers Sdn Bhd membelanjakan RM8.4 juta bagi pembukaan lima Restoran Savaro tetapi semuanya ditutup setelah operasi antara dua hingga tiga tahun," katanya.
Menurut laporan itu, projek pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober 2015 dan RM6.39 juta dibelanjakan bagi pembayaran kontrak dan mesin pastri.
Audit Negara mencadangkan agar FELDA merancang perolehan dan pengurusan projek secara menyeluruh untuk memastikan pelaksanaan yang betul dan mengelakkan pembaziran.
Agensi itu juga telah diminta supaya menjalankan kajian kemungkinan dan daya maju sebelum membuat apa-apa pelaburan dan melaksanakan projek.
FELDA juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 21 2016
Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 mendapati Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan beberapa projek. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
1MDB: Najib ada hak diberi taklimat mengenai laporan audit - Saksi
Najib dikatakan berhak untuk diberi taklimat mengenai sebarang cadangan atau pembetulan serta keadaan kewangan sebenar syarikat 1MDB.
Laporan jawatankuasa diketuai Ambrin sudah diubah status - Pengerusi PAC
Menurut Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, keputusan memuat naik laporan itu dibuat selepas statusnya diubah dan tidak lagi dianggap rahsia.
Ambrin sepatutnya putuskan maklumat diperlukan dalam laporan audit 1MDB - Saksi
Ia masih menjadi prerogatif Ambrin ketika itu untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak cadangan yang dibuat oleh pihak yang diaudit.
Sultan Selangor berharap penjawat awam mempunyai integriti tinggi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap penjawat awam khususnya di Selangor mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.
Saya bukan Ketua Pesuruhjaya SPRM sewaktu pindaan laporan 1MDB dibuat - Dzulkifli
Tan Sri Dzulkifli menafikan pindaan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB berlaku ketika dia memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ambrin sambung beri keterangan berkaitan laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Dua jam dalam kamar, Ambrin sambung inkuiri PAC
Prosiding itu diijangka hangat apabila majoriti anggota PAC berlatar belakang peguam.
PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Tan Sri Ambrin Buang, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Saadatul Nafisah minggu ini.