Fokus Felda ketika ini adalah untuk menuntut semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata pihaknya telah melaporkan kepada polis 12 Disember lalu apabila percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah di Jalan Semarak di sini.
BACA: 'Saya terpegun begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda' - Shahrir
Malah, pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa.
Jelasnya, sehingga kini Felda tidak menerima sebarang pembayaran hasil penukaran hak milik ke atas tanah strategik yang kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
"Kita (Felda) telah beri surat kuasa wakil penuh (full power of attorney - PA) kepada syarikat swasta tersebut.
"Sudah tentu saya terpegun dengan isu ini apabila begitu mudah tanah dimiliki oleh institusi kerajaan dipindah milik, dengar juta-juta tetapi satu sen pun (Felda) tidak dibayar," katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan JPM, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.
Selain itu, katanya Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.
BACA: Pindah milik tanah Felda: Tiada unsur rasuah, hanya kelemahan tadbir urus - SPRM
"FELDA hanya mengetahui penukaran hak milik tanah berkenaan pada Januari lalu dan terus membawa perkara berkenaan kepada Ahli Lembaga Pengarah sebelum mengusahakan untuk mendapatkan kaveat persendirian.
"Selepas membuat rayuan kepada Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sehinggalah pada 14 April 2017, barulah FELDA dibenarkan meletakkan kaveat persendirian ke atas tanah berkenaan.
Shahrir berkata, tanah yang ditukar hak milik itu membabitkan perjanjian jual beli (SPA) empat lot tanah dengan SPA pertama pada Disember 2015, manakala tiga lagi SPA pada November 2016.
SPA pertama membabitkan kawasan seluas 12,658 meter persegi bernilai RM54.5 juta); SPA kedua membabitkan 24,000 meter persegi pada harga RM96.982 juta; SPA ketiga (3,000 meter persegi / RM12 juta) dan SPA keempat (26,500 meter persegi / RM106.3 juta).
Mengulas lanjut, Shahrir berkata perkara utama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri, Lembaga Pengarah FELDA dan JPM adalah untuk FELDA menguasai semula tanah berkenaan walaupun wujud projek pembangunan di tanah itu.
"Sebab itu, usaha kami daripada Januari sampai April lalu ialah untuk kita dapatkan balik kuasa kepada tanah itu dan selepas perkara ini di bawa kepada Unit Kawal Selia JPM dan kemudiannya Jabatan Peguam Negara, pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan polis terhadap kemungkinan berlaku penipuan dalam soal penukaran atau pemindahan hak milik tanah," katanya yang memaklumkan kepada Perdana Menteri pada Februari lalu.
Beliau mendedahkan selaku pemegang PA, Synergy Prominade Sdn Bhd menjual tanah kepada pihak mereka sendiri.
"Sebagai pemegang PA, syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan), dia jual sendiri kepada pihak dia," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 21 2017
![Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513849482_feldatanah.jpg)
Shahrir (dua dari kanan) semasa bermulanya sidang media khas berhubung isu tiga aset Felda di Jalan Semarak, ibu negara hari ini. Foto: Astro AWANI
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
Nilai eksport sawit ke Asia Tengah capai RM288.23 juta pada 2024
Malaysia mengeksport 54,665 tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM288.23 juta ke negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Turkmenistan pada 2024.
![Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739347822_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
![Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738915792_MohdNaimMokhtar.jpg)
Malaysia tidak terkesan peraturan baharu Arab Saudi larang kanak-kanak sertai haji - Mohd Na'im
Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu oleh kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak menyertai musim haji tahun ini.
AWANI Ringkas: Tuduhan ahli kumpulan jenayah terancang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Felda lantik Othman Omar sebagai pengarah besar mulai 1 Oktober Felda lantik Othman Omar sebagai pengarah besar mulai 1 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537495210_MegatZaharuddin.jpg)
Felda lantik Othman Omar sebagai pengarah besar mulai 1 Oktober
Pengerusi Felda Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata Othman akan menggantikan Datuk Ab Ghani Mohd Ali yang akan bersara selepas berkhidmat dengan agensi kerajaan tersebut selama 37 tahun.
![Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513849482_feldatanah.jpg)
Felda ditipu: Jual tanah, tapi tak dapat duit
Fokus Felda ketika ini adalah untuk mendapatkan semula keempat-empat lot tanah bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.