KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengesyorkan kepada kerajaan untuk segera meningkatkan aspek utiliti dan infrastruktur di Kampung Baru supaya perancangan pembangunan semula atau penambahbaikan di kawasan itu dapat dilakukan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKB Datuk Lokman Omar berkata, menerusi tiga kajian terperinci oleh sebuah konsultan yang dilantik, sebanyak RM750 juta diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur seperti pelebaran jalan, bekalan air, sistem pembetungan dan pembinaan pencawang masuk utama (PMU) bagi bekalan elektrik.
"Melihat aspek pembangunan semula di sesuatu kawasan, ketersediaan infrastruktur yang lengkap adalah salah satu ciri utama yang diambil kira oleh mana-mana pemaju.
"Dalam konteks Kampung Baru, utiliti dan infrastruktur sedia ada tidak tersusun yang telah menjejaskan kualiti perbandaran semasa Kampung Baru dan tidak lagi mampu menampung pembangunan berintensiti tinggi.
"Jadi ia memerlukan peruntukan khas daripada kerajaan, apatah lagi 'setting' asal kediaman Kampung Baru dalam bentuk sebuah rumah kampung, jadi kos perbelanjaan penyediaan fasiliti adalah besar," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Lokman berkata sebelum ini pihaknya sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampung Baru telah beberapa kali mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklum balas.
Selain itu, beliau berkata penglibatan secara terus daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam apa jua bentuk pembangunan di Kampung Baru juga diperlukan kerana ia akan menambah keyakinan pemilik tanah di kawasan itu berbanding pemaju luar yang membangunkannya.
"Pembangunan semula di Kampung Baru bukan di tapak kosong, tapi tapak yang diduduki, jadi proses penggantian atau perpindahan perlu ada dan jika projek telah dimulakan ia tidak boleh tertangguh kerana akan menimbulkan banyak masalah lain seperti yang telah terjadi," katanya.
Mengikut Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040, PKB menetapkan matlamat untuk menjadikan Kampung Baru sebagai pusat perdagangan dan petempatan yang inklusif dengan penekanan terhadap pembangunan yang berupaya meningkatkan sosioekonomi, berdaya huni selain mengekalkan nilai persekitaran tempatan di pusat bandar raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Sebanyak RM750 juta diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur seperti pelebaran jalan, bekalan air, sistem pembetungan dan pembinaan pencawang masuk utama (PMU) bagi bekalan elektrik. -Gambar fail/Bernama

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.

Fasiliti, utiliti Kampung Baru perlu dinaik taraf - CEO PKB
Sebanyak RM750 juta diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur seperti pelebaran jalan, bekalan air, sistem pembetungan dan pembinaan pencawang masuk utama (PMU) bagi bekalan elektrik.

PKB hanya bertindak sebagai fasilitator dalam pembangunan semula Kampung Sungai Baru
Perjanjian usaha sama tersebut adalah antara pemilik tanah/petak dengan Ritzy Gloss Sdn Bhd.

Peranan Lembaga pentadbiran MAS di Kampung Baru tidak lagi relevan - PPKB
Keputusan diambil setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2 Dis 2019 dengan mengambil kira pandangan perundangan daripada Jabatan Peguam Negara.

Kampung Baru: Agong sudah perkenan, henti guna sentimen Melayu - Khalid Samad
Khalid berkata tiada sebarang perubahan pada tawaran harga dan ia muktamad pada RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi.

Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan
Khalid turut menegaskan, kadar yang ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Pemodenan Kg Bharu: Perhalusi tawaran, termasuk harga yang kurang sesuai - Syed Badli
Menurut Syed Badli, Kampong Bharu sangat berpotensi untuk dimajukan dengan projek berimpak tinggi.

AKLEH ditutup sementara secara berperingkat untuk pembinaan Jambatan Saloma
Beberapa laluan di AKLEH akan ditutup secara berperingkat bermula esok sehingga 7 April bagi memberi laluan kepada pembinaan jambatan penghubung Saloma.