PUTRAJAYA: Fasilti kesihatan swasta dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA) tanpa kelayakan pos basik bermula 1 Okt ini, namun ia tertakluk kepada beberapa syarat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Syaratnya adalah JTWA perlu menduduki ujian Malaysian Nursing Board Qualification Examination for Foreign Trained Nurses yang dikendalikan Lembaga Jururawat Malaysia dan bilangan JTWA di setiap fasiliti kesihatan swasta tidak boleh melebihi 40 peratus daripada jumlah jururawat di fasiliti berkenaan.
Syarat lain adalah pengambilan JTWA adalah sah bagi tempoh 12 bulan sahaja iaitu mulai 1 Okt 2023 sehingga 30 Sept 2024 dan pelanjutan perkhidmatan dibenarkan selama 12 bulan mengikut kelulusan Perakuan Pengamalan Sementara (TPC) JTWA serta dinilai semula berdasarkan keadaan dan keperluan semasa.
"Pengambilan JTWA juga hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Zaliha berkata kekangan berkenaan pengambilan JTWA oleh pihak swasta seperti yang termaktub dalam Employment Criteria for Foreign Trained Nurses In Malaysia 2018, telah dikaji semula dan diberi kelonggaran bersyarat sementara demi kepentingan perkhidmatan yang lebih mampan dan berdaya saing.
Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan langkah itu akan memberi kesan positif terhadap pelbagai sektor seperti industri pelancongan kesihatan, dan seterusnya merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Keputusan ini telah disambut baik oleh industri perubatan swasta kerana ianya dapat membantu mengoptimumkan pengoperasian dan perkhidmatan mereka," katanya.
Menegaskan KKM tetap memberi keutamaan kepada kebajikan dan prospek kerjaya jururawat tempatan, Dr Zaliha berkata KKM akan melaksanakan pengambilan tetap graduan Diploma Kejururawatan dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta secara berfasa bagi tahun 2024 dan 2025.
"Langkah ini diambil untuk mengisi keperluan jururawat di fasiliti KKM dan akan memastikan peluang pekerjaan jururawat tempatan terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Menurut Dr Zaliha, pengambilan JTWA hendaklah mematuhi kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, termasuk perincian gaji dan tempoh kontrak. - Gambar fail
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] Taufan Filipina | Fakta Nombor
Berikut adalah info berkenaan dengan Taufan Filipina.
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Fasiliti kesihatan swasta dibenar ambil jururawat terlatih warga asing mulai 1 Okt
Fasiliti kesihatan swasta dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA) tanpa kelayakan pos basik bermula 1 Okt ini.