KUALA LUMPUR: Ribut petir dengan hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak susulan fasa peralihan monsun sejak 16 Mac lepas.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh April hingga September 2021 yang dikeluarkan Pusat Iklim Nasional, fasa peralihan dari Monsun Timur Laut dijangka berterusan hingga pertengahan Mei.
"Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang pada waktu petang dan awal malam dalam jangka masa singkat.
"Keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur tidak kukuh," demikian menurut kenyataan MetMalaysia yang memetik laporan tinjauan cuaca berkenaan.
Laporan tinjauan sama juga memaklumkan, keadaan cuaca negara dijangka dipengaruhi fasa Monsun Barat Daya bermula pertengahan Mei hingga September yang bakal menyaksikan ribut petir dan hujan lebat berkurangan selain kebanyakan negeri mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
"Namun dalam tempoh Monsun Barat Daya, boleh berlaku hujan pada sebelah pagi terutama di sebelah pantai barat Semenanjung," menurut kenyataan itu.
MetMalaysia akan sentiasa mengemas kini tinjauan cuaca sekiranya berlaku sebarang perubahan ketara dan tinjauan itu boleh diakses menerusi laman sesawang www.met.gov.my/iklim/ramalanbermusim/tinjauancuacajangkapanjang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh April hingga September 2021 yang dikeluarkan Pusat Iklim Nasional, fasa peralihan dari Monsun Timur Laut dijangka berterusan hingga pertengahan Mei. - Gambar fail/BERNAMA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Monsun Timur Laut: Amaran hujan lebat di 9 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya petang ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 6 petang hari ini.
Hujan lebat landa Kuala Lumpur, DBKL pantau situasi semasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang memantau situasi semasa di beberapa kawasan yang dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat di ibu negara, pada petang Jumaat.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa negara hingga 5 petang
Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka berlaku di hampir semua negeri di Malaysia hingga pukul 5 petang ini.
Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Pulau Pinang hingga enam petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ribut petir, hujan lebat diramal melanda beberapa negeri hingga tengah hari
Ia melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Ribut petir, hujan lebat landa hampir seluruh negara sehingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda di hampir seluruh negara sehingga 6 petang ini.
Pilihan Raya AS: Hujan, salji, ribut petir dijangka jejas pengundi di beberapa negeri
Pengundi di seluruh Amerika Syarikat bakal menghadapi keadaan cuaca yang berbeza-beza pada hari pilihan raya, termasuk salji dan hujan di barat laut.
Ribut petir, hujan lebat dijangka di KL, lapan negeri - MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di ibu negara dan lapan negeri hingga tengah hari ini.
Ribut petir, hujan lebat diramal berlaku di KL, 11 negeri
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda 11 negeri dan ibu negara hingga pukul 7 malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.