KUALA LUMPUR: Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada bulan Mac tahun depan.
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata laluan sepanjang 38.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu telah siap dan kini dalam fasa persediaan operasi.
"Sebanyak 36 stesen berada di Laluan Putrajaya sepanjang 56.2 km itu apabila ia beroperasi sepenuhnya nanti. Penumpang akan dapat berpindah ke laluan rel sedia ada yang lain di 10 stesen pertukaran (interchange) berbeza, yang memberikan kemudahan dan pemindahan lancar ke destinasi pilihan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sepuluh stesen pertukaran itu terdiri daripada Kwasa Damansara (dengan laluan Kajang MRT), Sungai Buloh (dengan KTM), Sri Damansara Timur (dengan KTM), Kampung Batu (dengan KTM) dan Titiwangsa (dengan laluan LRT Sri Petaling dan Ampang,, KL Monorail).
Ampang Park (dengan Laluan LRT Kelana Jaya), Tun Razak Exchange (dengan Laluan MRT Kajang), Chan Sow Lin (dengan Laluan LRT Sri Petaling dan Ampang), Sungai Besi (dengan Laluan LRT Sri Petaling) dan Putrajaya Sentral (dengan laluan ERL dan KLIA Transit.
MRT Corp berkata jajaran laluan Putrajaya akan disediakan oleh 49 set kereta api dengan setiap set kereta api terdiri daripada empat gerabak, dengan kapasiti maksimum 1,200 penumpang dan automatik sepenuhnya, tanpa pemandu.
"Sebanyak 5,870 ruang untuk tempat letak kereta disediakan buat penumpang MRT, yang terdapat di 15 stesen di sepanjang jajaran itu," menurutnya.
Semasa fasa persediaan operasi ini, Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali Laluan Putrajaya sedang menjalankan operasi percubaan akhir bersama-sama Kontraktor Turnkey, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.
Katanya operasi percubaan akhir adalah penting bagi memastikan semua sistem dan prosedur berfungsi dengan berkesan, terutamanya integrasi sistem, operasi dan kesediaan pengendali.
"Sehingga kini ujian dan pelaksanaan, yang termasuk ujian Fault-Free Running (FFR) sejauh 4,000 km telah berjaya dijalankan. Ia adalah ujian penting untuk memastikan bahawa kereta api selamat dan memberi perkhidmatan yang baik.
"Tarikh tepat untuk memulakan operasi Fasa Dua akan diumumkan sebaik sahaja proses kelulusan telah dimuktamadkan dengan pihak berkuasa yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Putrajaya Fasa Dua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dijangka mula beroperasi pada bulan Mac tahun depan. - Gambar fail/Astro AWANI
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
Pematuhan SOP kunci utama Sabah yakin mampu beralih ke Fasa 3 PPN - Masidi
Masidi berkata, peranan dan sikap rakyat amat penting dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
PKP: Premis perniagaan, stesen minyak beroperasi 8 pagi-8 malam
Semua pasar raya,premis perniagaan yang menjual barangan keperluan dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi bermula 8 pagi hingga 8 malam.