GEORGE TOWN: Solat Jumaat dan solat fardu dibenarkan di Pulau Pinang mulai hari ini selepas negeri itu beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kehadiran jemaah ditetapkan tidak melebihi 150 orang di masjid negeri dan daerah minggu ini, menurut keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP).
Menurut pekeliling dikeluarkan pada Khamis, JHEAINPP turut membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid kariah dengan jumlah jemaah tidak melebihi 100 orang manakala tidak melebihi 50 orang untuk perlaksanaan di semua surau Jumaat di negeri ini.
Pengarahnya, Mohd Zakuan Zakaria berkata, garis panduan dan tatacara keagamaan di masjid dan surau bagi tempoh perlaksanaan Fasa Dua PPN telah melalui perbincangan khas yang diadakan bersama Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang , Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Katanya, selain ketetapan bagi perlaksanaan solat Jumaat, pihaknya turut membenarkan solat fardu diadakan di semua masjid dan surau di negeri ini dengan kapasiti kehadiran jemaah yang sama.
"Solat sunat Aidiladha juga dibenarkan dilakukan di semua masjid dan surau dengan jumlah kehadiran jemaah seperti ditetapkan bagi masjid negeri dan daerah, masjid kariah serta surau.
"Kita turut membenarkan solat jenazah dan pengebumian diadakan dengan kehadiran tidak melebihi 30 orang terutama imam, ahli jawatankuasa kariah dan keluarga terdekat sahaja," katanya.
Mohd Zakuan berkata aktiviti ibadah korban dibenarkan untuk dijalankan dengan mengikut Garis Panduan Ibadah Korban Negeri Pulau Pinang Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 Tahun 1442H/2021M.
Bagaimanapun katanya, pihaknya melarang sebarang majlis pengimarahan atau sosial diadakan termasuk memasak atau mengadakan jamuan selepas solat sunat Aidiladha.
Tambahnya, aktiviti menziarahi kubur masih lagi tidak dibenarkan sehingga hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Zakuan turut mengingatkan sejak 25 November tahun lalu sebanyak 19 buah masjid telah ditutup berikutan berlaku kes penularan COVID-19 dan semua pentadbir serta ahli jawatankuasa masjid serta surau perlu memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa diamalkan setiap masa.
Tambahnya arahan mengenai perlaksanaan aktiviti masjid dan surau akan dikeluarkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada situasi semasa COVID-19 dan nasihat daripada MKN.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jul 08 2021
Kehadiran jemaah ditetapkan tidak melebihi 150 orang di masjid negeri dan daerah minggu ini, menurut keputusan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP). - Gambar fail/ Astro AWANI
MCMC bakal lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian - Teo
Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Dalam Talian yang komprehensif dalam masa terdekat.
Nenggiri miliki potensi jadi destinasi ekopelancongan
Pemandangan suasana pergunungan dalam kawasan Nenggiri yang dihiasi landskap menarik sering mengundang kunjungan pelawat untuk menikmati keindahannya, kata Malim Gunung Mohamad Saifful Rizal Jusoh.
Pemenang emas Olimpik Indonesia Rizki Juniansyah ditawar kerja kerajaan
Rizki Juniansyah, yang memenangi pingat emas dalam acara angkat berat 73kg lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 telah menerima tawaran pekerjaan daripada Kementerian Belia dan Sukan Indonesia.
Rusia kosongkan lebih banyak kawasan di Kursk berikutan pencerobohan Ukraine
Daerah itu mempunyai lebih 17,500 penduduk berdaftar sebelum Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Data CPI AS untuk Julai turun kepada 2.9 peratus pada asas tahunan berbanding tiga peratus pada Jun.
Lesen Ali Baba: Pembantu penguat kuasa DBKL didenda RM13,000
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Syahrul Riza Md Yusof, 42, dan memerintahkannya dipenjara 21 bulan, jika gagal membayar denda.
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan awal, ditutup hampir mendatar
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 peratus atau 0.59 mata kepada 1,612.94 daripada 1,612.35 semasa ditutup pada Rabu.
Jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Jeddah mahu penjelasan MAS
Puluhan penumpang Malaysia Airlines yang menuju ke Kuala Lumpur dari Jeddah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah pada Rabu.
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi
Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.
Pulau Pinang antara pelabuhan persinggahan bagi Oceania Cruises pada 2025
Pulau Pinang bangga disenaraikan sebagai satu daripada pelabuhan persinggahan Oceania Cruise dalam pelayarannya merentasi Asia tahun depan.
Polis tahan 4 lelaki, rampas pelbagai pistol, peluru
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan dalam siri serbuan di sekitar negeri itu, pada Sabtu.
Pulau Pinang tempat kedua terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo - Lonely Planet
Portal pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet menamakan Pulau Pinang sebagai dua tempat terbaik di Asia Tenggara untuk pengembara solo dengan menyatakan bahawa pulau itu adalah terbaik dari segi ma
Polis tahan enam individu disyaki jadi 'keldai akaun' babitkan kerugian lebih RM96,000
Kesemua mereka berusia 20 hingga 47 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang berhubung enam kes penipuan.
'Tiada pertukaran jawatan, saya luluskan cuti 11 hari Jagdeep' - Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan akan berlaku pertukaran jawatan pentadbiran susulan cuti panjang diberi kepada Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo.
Kontraktor direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Seorang kontraktor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu melibatkan nilai hampir RM20,000.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.