PASIR SALAK: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan barangan keperluan dan makanan termasuk bekalan bahan mentah seperti ayam yang dijual di pasar tani di seluruh negara dikenakan harga yang lebih berpatutan supaya tidak membebankan pengguna.
Pengerusinya, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, peniaga dan usahawan di bawah FAMA boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa perlu melalui orang tengah sekali gus harga barangan keperluan dan makanan boleh dijual dengan harga yang agak murah berbanding di tempat lain.
Beliau berkata menerusi jualan secara terus dari ladang, peniaga dan usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus.
"Seperti sedia maklum, dari segi kawalan harga ini di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Kita cuma mengharapkan kalau boleh kita ambil terus dari ladang untuk jual ke pasar tani FAMA. Sebagai contoh bekalan mentah seperti ayam, kita terus beli dari ladang mungkin harga boleh turun kepada RM6 hingga RM7 sekilogram," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Program My Rakyat dan Pasar Tani Kekal (PTK) Kampung Gajah di sini hari ini.
Sementara itu, Mohd Fasiah berkata PTK Kampung Gajah akan mula beroperasi Mac ini menempatkan 91 unit iaitu 14 unit lot basah dan 70 unit lot kering serta tujuh unit medan selera.
Beliau berkata PTK itu yang menelan kos projek bernilai RM2.6 juta itu akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Mohd Fasiah berkata anggaran penjanaan ekonomi bagi tahun pertama pengoperasian PTK berkenaan adalah sebanyak RM11 juta.
Beliau berkata 90 peratus peniaga di PTK itu adalah dari daerah Perak Tengah dengan perpindahan keseluruhan peserta dari Pasar Awam Kampung Gajah ke PTK tersebut.
Menurutnya selain Kampung Gajah, terdapat dua lagi PTK di negeri ini iaitu di Manjung dan Lekir yang telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas serta PTK Kuala Kangsar yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022
![FAMA jamin barangan keperluan termasuk ayam dijual pada harga berpatutan FAMA jamin barangan keperluan termasuk ayam dijual pada harga berpatutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638864313_hargamentahhargame.jpg)
Menerusi jualan secara terus dari ladang, peniaga dan usahawan dapat menghapuskan orang tengah yang selama ini mendapat keuntungan sekitar 20 hingga 30 peratus. - Gambar fail/Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739690337_KelapaMentah.jpg)
FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.
![Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737174452_PukulOKU.jpg)
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
![500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM 500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736992402_kelapaimportkpkm.jpg)
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
![Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728691384_TBtembikai.jpg)
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia: Mardi, Fama beri khidmat rundingan
Antara bantuan yang diberikan Mardi dan FAMA ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai.
![Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024 Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727004474_DatukNorSamAlwi.jpg)
Lebih 85,000 anak pokok terjual di MAHA 2024
Lebih 85,000 anak pokok dijual sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang boleh memanfaatkan tanah seluas 839 hektar.
![MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726610035_MAHA.jpg)
MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh
FAMA yakin sasaran tiga juta pengunjung pada MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang ini mampu dicapai dalam tempoh terdekat.
![FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725228868_ArthurJosephKurup.jpg)
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
![FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024 FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724967144_ArthurJosephKurup.jpg)
FAMA sasar RM5 juta jualan di MAHA 2024
Sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.
![FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722855962_KursusPemasaranDi.jpg)
FAMA, TikTok anjur Kursus Pemasaran Digital buat usahawan OKU
FAMA dengan kerjasama TikTok Shop menganjurkan Kursus Upskilling Live Marketing bagi meningkatkan kemahiran usahawan OKU dalam pemasaran digital bermula Jumaat hingga Ahad lepas.
![Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721920112_TBMalaysiaFest.jpg)
Ekspo Malaysia Fest sasar jualan RM20 juta, 140,000 pengunjung di Singapura
Ekspo Malaysia Fest 2024 selama empat hari bermula Khamis di Singapore Expo, Changi, menyasarkan nilai jualan langsung hampir RM20 juta dan 140,000 pengunjung.