PUCHONG: Kerajaan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memantau isu kekurangan bekalan sayur.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini termasuk mendapatkan bekalan daripada mana-mana tempat yang mempunyai lebihan bekalan sebagai langkah sementara.
"Kita telah arahkan FAMA untuk tengok di mana-mana yang berlaku kekurangan agar kita segera gerakkan jentera yang ada untuk kita pasarkan.
"Kita akan buat kajian data supaya tempat yang ada lebihan bekalan (sayur) untuk kita tampung kawasan yang alami kekurangan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan loji pemprosesan sarang burung AsiaWalet di Puchong pada Selasa.
BACA: Harga sayur di Melaka meningkat 10 hingga 20 peratus
Mengulas lanjut, katanya harga sayuran ketika ini masih lagi terkawal meskipun terdapat kenaikan di lokasi tertentu.
Mengenai bekalan makanan mentah, Mohamad memberi jaminan bekalan yang mencukupi khususnya menjelang persiapan perayaan.
"Kita akan tumpukan juga bekalan daging untuk persiapan Ramadan sehingga Aidilfitri.
"Selalunya dalam bulan Ramadan ramai orang buat kenduri di masjid-masjid dan sebagainya jadi keperluan daging itu perlu dipertingkat sehinga musim perayaan," katanya lagi.
Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesahkan berlaku peningkatan harga sayur sehingga 20 peratus di negeri itu.
Kenaikan itu berikutan faktor cuaca hujan selain permintaan yang tinggi sewaktu musim perayaan.
Bagaimanapun, kenaikan itu dikatakan berlaku di kawasan tertentu dan wujud juga kawasan yang menawarkan harga jauh lebih murah.
Antara sayur yang terlibat dengan kenaikan harga terdiri daripada timun, sawi, tomato, dan kubis.
Hilmi Malik
Tue Feb 07 2023
Mohamad berkata, harga bekalan sayuran masih lagi terkawal meskipun terdapat kenaikan di kawasan tertentu. - Gambar/ Astro AWANI
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
“Beri kami idea untuk selesai isu pemisah “- Thailand
Malaysia diminta untuk memberikan idea kepada Thailand bagi membolehkan negara itu menyelesaikan isu pemisah yang didakwa menguggat keselamatan dan keamanan di wilayaj selatan.
Thailand mohon jasa Malaysia tangani isu dadah
Thailand mohon jasa baik Malaysia wujudkan perkongsian maklumat risikan formal dan tidak formal sebagai salah satu usaha menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah secara lebih berkesan.
[TERKINI] SPRM teliti pelbagai sudut termasuk bayaran diterima selebriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas skop siasatan dengan meneliti jumlah bayaran yang diterima tiga selebriti yang menjadi pempengaruh bagi sebuah syarikat perunding kewangan yang dikaitkan dalam Op Sky.
[TERKINI] Jurutera maut, nahas helikopter di Jalan Lama KL-Bentong
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.
Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.
[TERKINI] Nahas helikopter: TNB arah kerja, penggunaan helikopter diberhentikan
TNB memaklumkan pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden tersebut.
Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.
"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.
Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.
Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.