Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), yang mengaitkan badan induk itu menjadi antara punca kelewatan pembayaran gaji pemain dan pegawai, skuad Lang Merah.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM kesal serta menafikan segala tuduhan dan dakwaan dilemparkan KFA itu, sekali gus memberikan persepsi buruk umum kepada badan induk tersebut.
Beliau berkata, FAM telah mengambil langkah proaktif membantu ahli gabungan, menerusi tiga surat berkaitan penangguhan Liga Malaysia (Liga-M), berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan satu surat pemakluman mengenai perancangan liga, daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
"Sudah tentu KFA menerima surat-surat berkenaan. Kesemuanya di e-mel kepada setiausaha ahli gabungan dan kelab bertanding dalam Liga Malaysia 2020.
"Kenyataan KFA itu hanya bertujuan untuk menutup kesalahan sendiri, berkaitan kelewatan pembayaran gaji pemain tetapi pada masa yang sama mahu menyalahkan pihak lain, termasuk FAM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris dalam laman sosial miliknya hari ini mendakwa, antara punca kelewatan pembayaran gaji ke atas pemain adalah disebabkan FAM dan MFL, masih belum memberikan kata putus bila tarikh akan bermula kembali liga, setelah bermesyuarat berkali-kali.
Asmirul turut mempersoalkan kelewatan FAM dan MFL membuat keputusan itu, menyebabkan kesukaran untuk ahli gabungan menstruktur kewangan pasukan masing-masing serta mengadakan perbincangan dengan pemain.
Stuart menjelaskan, surat pertama bertarikh 17 Mac adalah mengenai arahan PKP, antaranya melarang sesi latihan dan perlawanan persahabatan diadakan, disusuli surat kedua bertarikh 25 Mac bagi menyatakan arahan PKP dilanjutkan ke fasa kedua sehingga 14 April.
Seterusnya surat ketiga bertarikh 5 April mengenai pemakluman perancangan MFL, dengan isi kandungannya menyatakan beberapa alternatif dibuat bagi meneruskan kalendar bola sepak musim 2020 serta makluman terperinci akan diberikan sebaik kerajaan mengumumkan penetapan tarikh akhir PKP.
Sementara surat keempat bertarikh 10 April pula memaklumkan bahawa kerajaan melanjutkan PKP ke fasa ketiga sehingga 28 April.
"FAM dan MFL pastinya akan bertindak segera sebaik saja kerajaan mengisytiharkan tempoh PKP berakhir, dan kami akan mengumumkan secara spesifik tarikh pertandingan Liga Malaysia 2020 akan disambung semula.
"FAM tidak mahu dilihat sebagai badan induk yang terburu-buru membuat sesuatu ketetapan terlalu awal kerana hal ini memerlukan perancangan teliti, perbincangan menyeluruh dan penelitian bersama banyak pihak agar keputusan dibuat tidak berubah-ubah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 15 2020

Stuart Ramalingam berkata, FAM kesal serta menafikan segala tuduhan dan dakwaan dilemparkan KFA kepada badan induk tersebut. - Gambar fail

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

FAM nafi dakwaan KFA
Persatuan Bola Sepak Malaysia nafi dakwaan Persatuan Bola Sepak Kedah yang mengaitkan badan induk itu menjadi antara punca kelewatan pembayaran gaji pemain dan pegawai mereka.