Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kes paling tinggi mereka dijangkiti HIV/AIDS kini adalah menerusi hubungan seks berbanding suntikan jarum.
KKM pada Julai lalu menerusi Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahya menyifatkan HIV dan penyakit AIDS kini tidak lagi menjadi ancaman utama negara apabila kementerian mensasarkan penurunan kes sebanyak 90 peratus menjelang tahun 2030.
Ketika menuju sasaran berkenaan, berikut adalah enam fakta nombor mengenai HIV/AIDS di Malaysia yang perlu kita tahu:

- 111,916 jumlah keseluruhan kes HIV (1986 - 2016)
- 99,338 lelaki menghidap HIV (1986 - 2016)
- 33,206 kes jangkitan HIV melalui hubungan seks (1986 - 2016)
- 68, 392 kes HIV melalui suntikan penagih (1986 - 2016)
- 3,397 kes baharu jangkitan HIV pada 2016
- 15 kes baharu HIV melibatkan kanak-kanak bawah 13 tahun pada 2016
*Statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia