SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini merasmikan gudang autonomi kecerdasan buatan (AI) dikuasakan 5G pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh CelcomDigi Bhd dengan kerjasama DHL Supply Chain Malaysia.
Gudang itu dilengkapi dengan AI dan penyelesaian robotik terkini untuk pengurusan inventori yang optimum dan cekap, disokong oleh rangkaian 4G LTE CelcomDigi dan kesambungan 5G di Pusat Logistik Bersepadu DHL di sini.
Fahmi berkata sinergi antara CelcomDigi dan DHL yang menggunakan nilai sebenar teknologi dan penyelesaian 5G, berserta AI dan robotik adalah dipuji dan berada di landasan yang betul untuk memacu pertumbuhan ekosistem digital negara.
"Sejajar dengan aspirasi digital kerajaan, Malaysia memiliki potensi menjadi Harimau Digital Asia, memandangkan kerjasama seperti hari ini berpotensi berkembang dan meningkatkan kecekapan, inovasi dan penerimagunaan teknologi secara ketara dalam kalangan perusahaan di Malaysia serta ekonomi digital negara," katanya ketika berucap merasmikan gudang itu di sini, pada Khamis.
Beliau berkata industri pengudangan dan logistik mempunyai potensi untuk diberikan nafas baharu dan berubah kepada gudang yang menggunakan teknologi automatik sepenuhnya, boleh beroperasi sepanjang masa dengan pengunaan teknologi 5G dan penyelesaian AI.
Fahmi juga gembira apabila pelaksanaan itu tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja, memandangkan kedua-dua organisasi komited untuk memperluas penggunaan teknologi dan penyelesaian 5G di semua gudang DHL di seluruh negara, serta berpotensi bekerjasama dengan organisasi lain daripada industri lain.
"Apabila inovasi dan teknologi digunakan dalam dan di luar industri, saya berharap lebih banyak lagi usaha transformasi seperti yang direalisasikan hari ini," katanya.
Kerjasama CelcomDigi dengan DHL dalam memanfaatkan teknologi 5G dan penyelesaian AI untuk sistem pengurusan inventori robotik menyediakan pengurusan gudang berbilang tingkat yang dipertingkatkan dan cekap pada standard yang optimum.
Penyelesaian itu membolehkan operasi pengiraan stok yang cekap iaitu mencapai sehingga 20 kali kecekapan dengan sehingga 100 peratus kejituan dan ketepatan di samping menambahkan penggunaan ruang dalam gudang dan mengurangkan penggunaan elektrik harian.
Sementara itu, Fahmi berkata DHL kini mengendalikan 25 gudang di seluruh negara dan sedang membina sebuah lagi gudang di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang akan beroperasi secara automasi sepenuhnya menggunakan teknologi 5G terkini.
"Saya harap lebih banyak syarikat akan mengenal pasti dan memahami manfaat teknologi 5G kepada industri masing-masing untuk membantu meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) menyaksikan demontrasi dron autonomi pada Majlis Pelancaran Malaysia First 5G Autonomous Warehouse di DHL Supply Chain, hari ini. - Foto BERNAMA
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Fahmi rasmi gudang autonomi AI dikuasakan 5G pertama di Malaysia
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini merasmikan gudang autonomi kecerdasan buatan (AI) dikuasakan 5G pertama di Malaysia yang dikendalikan oleh CelcomDigi Bhd dengan kerjasama DHL Sup